top of page
Writer's pictureLintah Darah

Nenek Berusia 71 Tahun Tampak Muda Seperti 40-an Tahun


Nenek Berusia 71 Tahun Tampak Muda

Sekilas pandang, pereka fesyen terkenal Vera Wang kelihatan seperti dalam lingkungan 40-an tahun. Walhal, dia sebenarnya cukup tua untuk menjadi seorang moyang.


Pada usia 71 tahun, Wang masih selim-melim dan cergas. Dan pastinya, kakak-kakak yang sedang membaca tertanya-tanya bagaimana nenek ini mampu tampak begitu.

Mujur, Wang telah mengongsi rahsia kecantikannya dengan Harper’s Bazaar pada 2012. Mari selongkar!

Mujur, Wang telah mengongsi rahsia kecantikannya dengan Harper’s Bazaar pada 2012. Mari selongkar!


JAGA PEMAKANAN


Setiap pagi, Wang memakan sama ada yogurt bersama buah-buahan segar, atau telur dan sosej ayam.


Hanya pada hari minggu, warganegara Amerika Syarikat ini akan menikmati salmon salai bersama roti perang.

Hanya pada hari minggu, warganegara Amerika Syarikat ini akan menikmati salmon salai bersama roti perang.

Untuk makan tengah hari pula, Wang memakan sasyimi bersama nasi perang dan sayuran, brokoli bersama nasi dan ayam atau salad articok bersama ikan.


Dia juga memastikan hidangan terakhirnya dimakan sebelum 7:30 malam dan cuma meminum air putih.


BERSENAM


Usai bangkit dari katil pada kira-kira 8:15 pagi, Wang bermeditasi buat seketika dan mengangkat batu timbang dua atau tiga paun selama lima minit.

Usai bangkit dari katil pada kira-kira 8:15 pagi, Wang bermeditasi

Wang juga dilihat melakukan senaman kardio seperti berlari dan mengayuh basikal.

Wang juga dilihat melakukan senaman kardio seperti berlari dan mengayuh basikal.

LUANGKAN MASA BERSENDIRIAN


Bekerjaya, Wang bertugas lebih dari 12 jam setiap hari untuk menyiapkan rekaan baju dan bertemu klien.


Oleh itu, jika ibu kepada dua anak ini mempunyai masa lapang, dia akan mengetepikan masa untuk membeli-belah.

Oleh itu, jika ibu kepada dua anak ini mempunyai masa lapang, dia akan mengetepikan masa untuk membeli-belah.

Di samping itu, Wang turut berendam dalam air panas pada senja hari sambil menonton berita.

Di samping itu, Wang turut berendam dalam air panas pada senja hari sambil menonton berita

CUKUP TIDUR


Meskipun tidur lewat — sekitar 1 pagi, fashionista ini memastikan dia berehat selama tujuh hingga lapan jam setiap hari.


Pada hujung minggu di mana dia tidak sibuk pula, Wang tidur selama 10 jam.

Pada hujung minggu di mana dia tidak sibuk pula, Wang tidur selama 10 jam

Sumber: Vera Wang


Semoga tip-tip ini berfaedah untuk semua yang ingin kelihatan 30 tahun lebih muda.


Luahan wartawan: Lawa tak lawa manalah tapi nenek ni lagi style and fit daripada aku, a Gen Z. Korang yang baca ni janganlah demoralised pulak. Maybe body type dia memang yang susah gain weight. Asalkan korang sihat, takde penyakit dah oklah tu.


Be confident. Everyone’s beautiful in their own ways.



Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

Tags:

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page