Neelofa Belikan Seterika Berharga $4275 Untuk Kakak, Netizen Huru Hara
Keluarga pengacara dan usahawan terkenal Noor Neelofa sentiasa mendapat tumpuan daripada warganet malah diberi gelaran ‘Kardashian Kelantan’.
Sumber: Google Images
Kini Neelofa sekali lagi menjadi topik perbincangan makcik bawang dan warganet selepas dia menghadiahkan satu set seterika yang bernilai RM13000 (SGD 4275) kepada kakaknya, Noor Nabila untuk digunakan di rumah barunya nanti.
Sumber: Instagram, @noornabila
Nabila memuatnaikkan gambar hadiahnya itu di Instagram Story beliau, @noornabila dan mengucapkan terima kasih serta mendoakan agar Neelofa sentiasa dimurahkan rezeki. Menurut Nabila, pemberian itu adalah kerana beliau akan berpindah ke rumah baru bersama anak lelakinya, Jebat Jayden Ahmad.
Dan seperti biasa, apa sahaja yang dipakai oleh Neelofa atau yang melibatkan Neelofa pasti akan dikorek oleh warganet dari segi nama sehinggalah harga produk tersebut.
Menerusi lelaman Visionary.com.my , set seterika berjenama Laurastar Smart U itu berharga lebih kurang RM12900. Jenama produk Switzerland ini terkenal dengan pengeluaran seterika wap bertekanan tinggi dan model Smart U ini adalah model yang termahal di dalam senarai barangan mereka.
Sumber: visionary.com.my
Ruangan komen lelaman Facebook Cempedak Cheese yang juga menukil kisah ini penuh dengan komen netizen yang amat lucu dan tak kering gusi. Perkongsian di lelaman Cempedak Cheese itu telah meraihkan lebih daripada 3500 likes, 2000 komen dan 2500 shares.
Sumber: Facebook, Cempedak Cheese
Ramai netizen yang mempertikaikan kelebihan seterika ini hingga diletakkan harga begitu mahal sekali;
Sumber: Facebook, Cempedak Cheese
Ada juga netizen yang mengatakan bahawa tiada gunanya membeli seterika yang mahal kerana akhirnya, pembantu rumah yang menggunakannya.
Sumber: Facebook, Cempedak Cheese
Apa-apa pun, tidak dapat dinafikan begitu besar hati Neelofa untuk menghadiahkan kakaknya dengan sesuatu yang sungguh mahal sekali.
Luahan Wartawan: Fuh, ironing set harga nak jejak $5K eh. Kalau aku ada duit, lagi baik aku beli steam iron biasa-biasa and spend that money on something else. But then again, Neelofa da tahap boleh just beli these kind of things without even looking at the price tag.
Podcast Plan B minggu ini!
Comments