Nak Tunaikan Haji? Perlu Ambil Vaksin Dulu
Kerajaan Arab Saudi telah mewajibkan bakal jemaah haji pada tahun ini perlu mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.
Sumber: Google Images
Menteri Kesihatannya, Dr Tawfiq al-Rabiah, berkata vaksin COVID-19 adalah wajib dan ia sebahagian daripada syarat utama untuk semua jemaah haji yang akan menunaikan ibadah itu Julai nanti.
Sumber: AFP
“Vaksin COVID-19 adalah wajib kepada sesiapa sahaja yang mahu menunaikan ibadah haji dan ia akan menjadi salah satu syarat utama haji,” kata Dr Tawfiq dalam satu kenyataan.
Dr Tawfiq bagaimanapun tidak mengesahkan sama ada jemaah dari luar Arab Saudi dibenarkan untuk menunaikan haji, namun hanya berkata suntikan vaksin adalah syarat utama.
Sekurang-kurangnya 2.5 juta umat Islam seluruh dunia menunaikan Rukun Islam ke-5 ini setiap tahun.
Namun begitu, pada tahun 2020 yang lepas, Riyadh membuat keputusan bersejarah apabila mengehadkan bilangan jemaah ekoran Covid-19. Kerajaan Arab Saudi mengurangkan jumlah jemaah haji kepada seramai 1,000 orang bagi mengelak penularan jangkitan COVID-19.
Sumber: Google Images
Pada ketika itu, dua pertiga daripada jemaah adalah penduduk asing, manakala satu pertiga pula adalah kakitangan keselamatan dan kesihatan Arab Saudi.
Lelaman Facebook Siakap Keli yang juga mewartakan berita ini telah meraihkan lebih daripada 13000 shares, 2400 komen dan 630 shares daripada posting berita tersebut.
Menurut ruang komen lelaman Facebook tersebut, rata-rata para netizen memuji tindakkan kerajaan Arab Saudi ini untuk mengekang lagi penularan pandemik Covid-19.
Sumber: Facebook, Siakap Keli
Ramai juga netizen yang mengatakan bahawa kewajiban mengambil vaksin Covid-19 bukanlah sesuatu yang baru kerana sebelum ini, Jemaah haji memangpun seharusnya mengambil beberapa vaksin sebelum dibenarkan memasuki Tanah Suci.
Sumber: Facebook, Siakap Keli
Namun begitu, ada juga netizen yang mengatakan bahawa kewajiban vaksin ini hanyalah agenda dan konspirasi Dajjal semata-mata.
Sumber: Facebook, Siakap Keli
Apa-apa pun, tindakan kerajaan Arab Saudi untuk mengekang penularan pandemik harus dipuji. Semoga Allah SWT mempermudahkan kami semua untuk melakukan segala ibadah kami, inshaAllah ameen.
Luahan Wartawan: Some of the netizens had it right. Sebelum ni nak masuk Tanah Suci da memang kena vaccinated pun. So what’s new? Its just another dose of vaccination. Apa yang conspiracy? Apa yang agenda? Tu la, suruh ikut Ustaz legit macam Ustaz Nuzhan taknak. Ni tak abes-abes dengar pasal agenda ni la konspirasi la… last-last paranoid sendiri.
Podcast Plan B minggu ini!
Comments