Nabil Dituduh Perli Diva AA Dalam Gegarvaganza, Netizen Pertahankan Diva
Nabil dituduh memerli Diva AA semasa mengacara rancangan Gegar Veganza. Diva AA membuat comeback beliau sebagai pengacara dalam rancangan Lagu Cinta Kita 2 dan menerima sambutan yang baik oleh orang ramai.
Namun di dalam sebuah episod Gegar Vaganza 7, Nabil seolah-olah mengakal bila beliau meniru gaya Diva AA yang tersohor.
Bongkak betul statement Nabil mengata Diva AA sebab buat comeback semula jadi pengacara dekat program TV3. Dia dah lama tak pegang mikrofon pun, tetap pengacaraan dia dulu jauh 10 kali ganda lagi bagus dan tak sebodoh Nabil. Sudahlah bodoh, bongkak pula.pic.twitter.com/i2MFy7wzBs — Alan Al Padat (@IniAlannn) November 15, 2020
Warganet dan juga peminat Diva AA kurang senang dengan kelakuan Nabil dan beliau dikecam.
Netizens kalau dah bengang, siaplah jawabnya.
Ada juga yang menunggu lagi satu episod “Nabil Minta Maaf”
Namun ada juga yang mempertahankan Nabil.
Sejujurnya, “drama” seperti ini yang akan menaikkan rating kedua-dua saluran yang menerbitkan rancangan-rancangan tersebut.
Luahan Wartawan: Orang ada preference sendiri tapi memang tak dinafikan, Azwan is one of the best hosts Malaysia has seen.
Netizens Malaysia memang lain level la hoi. Dorang pe kecam aduhhh. Menusuk di kalbu terus.
Si Nabil ni pun mengakal. Cari pasal. I mean just look at that.
Tapi tu lah kan, dekni memang troll pun. Kau ingat dia kisah korang nak kecam dia? Cukup time dia minta maaf, Diva AA pun layankan.
Podcast Plan B minggu ini!