Muzaffar Jakel Memohon Maaf Hina Pelanggan Melayu
- Chap Chai
- May 6, 2020
- 2 min read
Updated: Apr 15, 2024

“Mamak tak sedar dek untung!” kata RozeryBoy Iqbal Rusydi, salah seorang daripada clan yang hendak memboikot gedung pakaian Jakel, di Facebook.
JAKEL KEMBALI BEROPERASI

Sumber: Jakel
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diisytiharkan pada 4 Mei (Isnin), para usahawan dibenarkan untuk kembali beroperasi.
Ini termasuk jenama pakaian popular, Jakel.
Teruja, adik bongsu daripada keluarga Jakel, Muzaffar Jakel, mengumumkan berita baik itu di Instagram (IG) Story pada 1 Mei (Jumaat).

DIHENTAM WARGANET
Berikutan pos itu, Kefli Ramadhani (@kefli_nawawi) berkata pembukaan Jakel bakal mengundang lebih banyak kes COVID-19 di Malaysia.

Menyusuli Tweet tersebut, Muzaffar mendakwa dia menerima kritikan daripada warganet di Instagram.
MUZAFFAR MELATAH
Rimas akan hamunan rakyat Malaysia, Muzaffar memuat naik satu lagi pos di IG Story.

Dalam pos berkenaan, Muzaffar berkata orang Melayu tidak faham akan erti standard operating procudures (SOP) yang akan diterapkan di cawangan-cawangan Jakel.
Namun, pos tersebut hanya membuat orang ramai, terutama sekali masyarakat Melayu yang selama ini menyokong peniagaan keluarganya sejak 1985, lebih berang.
Selain dicaci masyarakat umum, bekas pekerja Jakel turut menyertai acara maki-memaki itu.


Sampaikan ada yang bercadang untuk memboikot Jakel.

MUZAFFAR MINTA MAAF

Sedar akan kekhilafannya, Muzaffar membuat permohonan terbuka dalam bentuk video semalam (4 Mei).
Di samping itu, dia turut menekankan bahawa dia dan keluarganya tidak racist.
“Saya dan bapa saya, dalam surat beranak pun keturunan Melayu. Takkan saya nak main isu perkauman?
“Saya nak beritahu, Jakel berjaya pun sebab orang Melayu sokong dari masa buka dahulu sampai sekarang,” ujar Muzaffar.
Muzaffar turut memaafkan semua yang menghinanya, termasuk Kefli, yang dikatakan telah memulakan kontroversi ini.


Bros4lyfe. Sumber: Muzaffar Jakel (IG Story)
BOS JAKEL PUN MINTA MAAF

Ketua Eksekutif (CEO) Jakel, Feroz Jakel, yang merupakan abang kepada Muzaffar juga mengeluarkan video permohonan maaf pada hari yang sama.
“Saya mungkin agak emosional dalam hal ini tetapi inilah hakikatnya saya memang benar-benar kecewa dan sedih dalam apa yang berlaku ini.
“Jadi saya sekali lagi memohon ampun dan maaf di bulan yang mulia ini. Saya ucapkan selamat berpuasa kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam mohon maaf zahir batin.”
Luahan wartawan: Muz…Muz…Memandai jer kau. Tengok, sekarang satu family kau affected tau. Taulah tengah marah. Tapi janganlah kutuk bangsa. Selaser-laser Diva AA pun, dia tak pernah maki bangsa lain. Belajarlah daripada dia.
Netizen pun satu. Biarlah dorang nak buka kedai balik. Dah PM dorang kasi. Kalau takut kena COVID, janganlah keluar rumah, ngok.
Related Posts
See AllBekas Menteri Pengangkutan Singapura, S Iswaran, dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan pada 3 Oktober 2024 kerana menerima hadiah...
Seorang remaja lelaki Singapura berusia 17 tahun yang telah radikal sendiri ditahan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) beberapa...
Lembaga Warisan Negara (NHB) mengumumkan pada 24 Oktober bahawa ia akan memulakan kajian terhadap 38 Oxley Road untuk menilai kepentingan...