top of page
Writer's pictureLintah Darah

Mr Brown Antara Mangsa Penipuan Klon Media Sosial


Penipuan Klon Media Sosial

Sumber: Facebook

“Alah, siapalah yang nak klon akaun media sosial aku. Aku bukannya terkenal mana pun…”


Namun, bagi tokoh-tokoh terkenal, seperti dalam bidang hiburan, politik dan kerjaya yang berpengaruh, akaun media sosial mereka kerap menjadi tumpuan untuk menjalankan aktiviti penipuan.


Mereka secara selamba, atau menggunakan format mesej yang ringkas untuk mendapatkan kata kekunci / password atau maklumat peribadi anda yang lain atau terus menghantar virus menerusi pautan link.

maklumat peribadi anda yang lain atau terus menghantar virus menerusi pautan link

Sumber: Facebook


Sebenarnya, mereka tidak menggodam / hack butiran peribadi anda. Mereka hanya menggunakan akaun anda yang selalunya untuk tontonan awam / public lalu muat turun gambar-gambar yang sedia ada. Dengan hanya beberapa klik, mereka dapat butiran seperti nombor telefon, e-mel dan alamat kediaman dan tempat kerja anda.


Mereka kemudiannya akan menghantar mesej untuk mengajak / menjemput setiap kawan anda untuk memberikan butiran mereka untuk tujuan penipuan yang seterusnya.


Ini amat membahayakan orang ramai yang mengikuti tokoh-tokoh terkenal di media sosial untuk segera memberikan butiran peribadi tanpa berfikir dua kali.

Skim terbaru seperti dalam kes Mr Brown, akaun klon ini akan menawarkan hadiah untuk mendapatkan butiran peribadi pengikutnya. Skim penipuan seperti ini juga telah berlaku kepada Sujimy, Suhaimi Yusof dan Dzar Ismail sendiri.


Mungkin anda yakin, kawan-kawan anda tidaklah mudah diperbodohkan seperti ini, kerana ramai di kalangan kita yang sudah dipesan agar melaporkan kegiatan-kegiatan yang mencurigakan.


Sekurang-kurangnya mereka harus mendapatkan pengesahan daripada anda sendiri – angkat telefon – buat panggilan / hantarkan mesej SOS.


Namun, masih juga yang akan terperangkap kerana kelalaian atau terfikirkan anda telah membuka akaun baharu kerana masalah log-in atau masalah peribadi yang lain. Mereka juga akan menyangka bahawa anda benar benar dalam kesusahan. Mereka akan langsung terima link / pautan tersebut. Mereka pun selalunya akan menyalurkan wang tanpa berfikir panjang.

facebook

Gambar hiasan. Sumber: Big Stock Photo


Keselamatan di media sosial ini penting, lebih-lebih lagi di kalangan remaja dan warga emas kita yang baru berjinak-jinak untuk menggunakan teknologi maklumat.


Kita yang celik teknologi haruslah lebih aktif memantau dan menolong seisi keluarga dan teman-teman kita agar mereka tidak mudah terpedaya dengan skim penipuan seperti ini.

Security

Sumber: Facebook


Luahan Wartawan: Rajin-rajinlah menjenguk Account Settings Facebook anda. Ini semua boleh disesuaikan mengikut tahap keselamatan yang anda inginkan.


Berwaspadalah. Ada banyak lagi jenis penipuan yang mengambil kesempatan Covid-19 ini.


Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

RECOMMENDED NEWS

RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page