Mommy Dan Daddy Shark Di Giant Tampines
- Belalang Biru
- May 16, 2020
- 1 min read
Updated: Apr 9, 2024

Sejak pemutus litar diumumkan, pelbagai ragam manusia dapat dilihat tapi ini paling kelakar.
Sepasang ikan jerung membeli belah di pasar raya Giant Tampines dan lagu “Baby Shark doo doo doo” terngiang di telinga.

Gelagat mereka amat lucu kerana cara pergerakan yang terhad dek costume itu.

Ramai netizen terhibur dengan gelagat pasangan itu dan memberikan reaksi yang positif.


Ada juga yang kurang senang dengan muzik latar di dalam video itu.
“Tu bunyi recorder last warning eh.”

Rata-rata ramai mengimbas kembali lagu Baby Shark yang pernah popular pada satu ketika dahulu. Ada juga yang bertanya, dimanakah kelibat Baby Shark?

Antara komen warganet juga menuding kearah orang ramai yang rata-rata tiada reaksi kerana sibuk membeli-belah di kawasan itu.

Luahan Wartawan: Power Rangers, T-rex, Stormtrooper and now sharks. Siapa kata Singaporeans tak kreatif?
Makin terperap kat rumah, lagi banyak bakat tersembunyi yang keluar. Ada yang akan jadi masterchef, craft gurus, and now maybe more comedians?
Aku ada kemusykilan, macam mana dia drive atau naik bus macam gitu? Nak jalan pun susah. Rimas.
Tapi kudos to them, meriangkan hati orang lain yang berpeluang menyaksikan gelagat mereka.
Related Posts
See AllBekas Menteri Pengangkutan Singapura, S Iswaran, dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan pada 3 Oktober 2024 kerana menerima hadiah...
Seorang remaja lelaki Singapura berusia 17 tahun yang telah radikal sendiri ditahan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) beberapa...
Lembaga Warisan Negara (NHB) mengumumkan pada 24 Oktober bahawa ia akan memulakan kajian terhadap 38 Oxley Road untuk menilai kepentingan...