Model Down Syndrome Diangkat Untuk Menggayakan Produk Gucci Beauty
- Lintah Darah
- Jul 4, 2020
- 1 min read
Updated: Apr 4, 2024

Sumber: Instagram, @guccibeauty
Ellie Goldstein — individu sindrom down pertama yang diberikan peluang untuk dipaparkan di bawah kempen anak syarikat Gucci, Gucci Beauty.
“Saya suka sangat. Terima kasih atas peluang ini dan sesi penggambaran,” kata Goldstein, 18 tahun.

Sumber: Instagram, @guccibeauty
Menggayakan maskara terbaru Gucci Beauty, Gucci Mascara L’Obscur, foto-foto Goldstein yang dipetik David PD Hyde, turut ditampilkan dalam majalah dalam talian, Vogue Italia.
Menurut pereka maskara tersebut, Alessandro Michele, yang juga merupakan pengarah kreatif Gucci, L’Obscur dihasilkan bagi mereka yang menggunakan alat solek untuk menceritakan kisah ‘kebebasan’ mereka, dengan cara mereka.
Tambahnya, produk berkenaan dinamakan ‘L’Obscur’ kerana ia membawa masukd ‘daya tarikan’ dan ‘misteri’.

Gucci Mascara L’Obscur. Sumber: Gucci
Sebelum ini, anak kelahiran Essex, England ini juga pernah menjadi peragawati bagi iklan Piala Dunia Fifa untuk Nike.

Sumber: Instagram, @guccibeauty
Related Posts
See AllBekas Menteri Pengangkutan Singapura, S Iswaran, dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan pada 3 Oktober 2024 kerana menerima hadiah...
Seorang remaja lelaki Singapura berusia 17 tahun yang telah radikal sendiri ditahan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) beberapa...
Lembaga Warisan Negara (NHB) mengumumkan pada 24 Oktober bahawa ia akan memulakan kajian terhadap 38 Oxley Road untuk menilai kepentingan...