MK Ikut Jemaah Tabligh Berdakwah Selama Tiga Hari Di Pahang
MK, rapper dari kumpulan K-Clique tampil dengan imej bersih tanpa aksesori emas semasa beliau keluar berdakwah selama 3 hari di Bandar Jerantut, Pahang.
Farith Zul mengongsikan perkara tersebut dalam sebuah posting di Facebook.
Sumber: Facebook, Farith Zul
MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan berusia 29 tahun itu menerima pujian kerana keinginan beliau untuk mendalami ilmu agama bersama pendakwah Maulana Helmi.
Ada juga di kalangan warganet yang kekal mengecam MK.
Kalau orang nak berbuat baik, patut disokong.
Seorang wanita turut berkongsi video di TikTok dimana suaminya bertemu dengan MK semasa menuntut ilmu bersama.
Mas Khan, Azuan Mazlan dan ahli perniagaan Ron Kamisan juga turut dilihat menyertai jemaah tabligh berkenaan.
Azuan Mazlan juga membuat posting Instagram untuk memberi MK sokongan dalam usaha perbaiki diri dan mendekati Allah.
Sumber: Instagram, @azuanmazlan7
Luahan Wartawan: Alhamdulillah, hidayah itu milik Allah. Jangan mengecam seseorang yang baru mula untuk mengenali Allah.
It takes a single step for one to be a better person.
Kita doakan yang terbaik untuk MK, moga terus beristiqomah di jalan Allah.
Podcast Plan B minggu ini!