top of page
Writer's pictureLintah Darah

Jangan Kecam 'One Hit Wonder' Imran Ajmain


foto Imran Ajmain dengan tweet-nya dari Twitter

Seorang pengguna aplikasi tiktok yang tidak memaparkan namanya telah melontarkan sebuah komen yang berbunyi seperti meremehkan penyanyi asal Singapura, Imran Ajmain. Pengguna TikTok itu mendakwa bahawa Imran seolah-olah tiada menghasilkan lagu lain selepas bertahun-tahun lagu Seribu Tahun dimainkan.


Komen dalam ruangan video TikTok Imran Ajmain itu telah pun mendapat perhatiannya.


“Jangan memperlekehkan satu-satunya lagu yang popular. Satu lagu ini sahaja lebih bernilai daripada apa yang kau ada”


Begitulah respons melalui twitter penyanyi asal lagu Seribu Tahun, Imran Ajmain terhadap pengguna aplikasi TikTok yang seolah-olah merendahkan dan meremehkan dirinya sebagai anak seni dalam industri muzik.


Dalam satu balasan komen ruangan TikTok, Imran menjelaskan bahawa beliau mempunyai sebanyak 40 buah lagu lain. Namun, lagu Seribu Tahun ini jugalah yang telah menjana keuntungan yang terbanyak.


“Sebab mu tak nak check dan dengar lagu-lagu lain..Tapi lagu ni yang buat duit, jadi kita perahlah sampai kiamat. Rezeki untuk isteri dan anak-anak.”

Oleh demikian, Imran nekad untuk terus memanfaatkan populariti lagu ini sebagai pembawa rezeki yang tak putus-putus.


Kami sempat mewawancara penyanyi berusia 41 tahun itu untuk selami isi hati dan fikirannya tatkala berdepan dengan dakwaan yang sebegitu di TikTok.


“Saya tak pernah rasa tergugat sebagai seorang ahli muzik apabila berdepan dengan orang yang tidak mengenali saya atau lagu-lagu saya yang lain..


Agak selfish untuk saya rasa tergugat disebabkan orang-orang ini sebab saya masih ada jumlah pengikut tegar yang setia menikmati setiap karya saya, baharu atau lama. Saya akan ‘menjaga’ dan menumpukan perhatian kepada peminat-peminat yang setia selama ini” jelas Imran.


Menurut Imran juga, golongan yang tidak mengenali dirinya telah menjadi dorongan untuk beliau memperkenalkan karya-karyanya agar beliau dapat bertahan lama dalam industri muzik ini.

potongan tangkapan layar dari instagram Imran Ajmain
Sumber: Instagram, imranajmain

Lagu genre galau dan sendu yang berjudul Seribu Tahun itu bukan sebuah lagu yang asing dalam dunia muzik Melayu. Lagu yang sangat kerap dimainkan di corong-corong radio semenjak awal tahun 2000-an telah menarik ramai peminat tegar. Sehingga ke hari ini, golongan anak-anak muda ataupun Gen Z juga meminati sekaligus menghayati lagu yang berhantu itu.


Dalam dunia TikTok, lagu Seribu Tahun itu acap kali digunakan sebagai lagu latar bagi video yang menggambarkan emosi sedih ataupun “healing moments”.

tangkapan layar lagu Seribu Tahun di tiktok
Sumber: Tiktok. the beauty of music

Populariti lagu Seribu Tahun ini semestinya pernah meninggalkan kesan terhadap pengalaman Imran sebagai penyanyi.


Imran berkongsi tentang kisah fasa rasa kecewa dan tersinggung dek lagu-lagunya yang lain tidak mendapat perhatian seperti lagu Seribu Tahun.


“Pada satu ketika itu, saya pernah tidak mahu lagi membuat persembahan nyanyian lagu Seribu Tahun. Saya mahu fokus kepada lagu-lagu saya yang lain.”


“Namun selepas lagu ini mencatat berjuta-juta jumlah tontonan di Youtube, kejayaannya terzahir dalam bentuk wang ringgit dan ia sangat menguntungkan” tambah Imran.

Balasan tweet Imran Ajmain di Twitter

Pemilik akaun @loofranchot mengiktirafkan lagu Seribu Tahun ini sebagai lagu popular yang malar segar.


Bagi Imran sendiri, beliau menegaskan bahawa beliau juga ada beberapa lagu lain yang telah berjaya dan diminati ramai.


Namun, beliau menerima hakikat tentang tanggapan orang ramai di mana mereka hanya mengetahui satu lagu yang popular sahaja iaitu Seribu Tahun.


Ada juga yang mengkritik dan mengecam si pemilik akaun TikTok yang meremehkan lagu-lagu Imran Ajman.

quotes retweet dari akun gigibesiburuk di twitter
Sumber: Twitter, gigibesiburuk
“Nak buat macam mana. Dah tu menjadi pilihan halwa telinga orang ramai termasuk kau. Kalau tak, takdenya kau concern sangat kan?”
respon lain dari tweet Imran di twitter
Sumber: Twitter, coolestxEl
“Siapa yang persoalkan ni, you never dengar Imran Ajmain song banyak yang hit ke ?!”

Pada tahun lepas sekitar bulan September, Imran telah membuat satu inisiatif melalui akaun Instagramnya. Beliau mengadakan siri video “Pernah Dengar Lagu ?” untuk mempromosikan lagu-lagunya selain Seribu Tahun. Idea usaha ini berpucuk apabila beliau menerima maklum balas daripada pendengar yang tidak tahu-menahu tentang lagu-lagunya yang lain.


“Baru-baru ini saya ada satu show. Lepas itu ada orang tanyalah; saya tiada lagu lain ke selain Seribu Tahun.. Bila nak keluar lagu baharu ? So saya macam triggered sikit lah” kata Imran dalam videonya.


Rasa terkilan itu telah mendorong Imran untuk terus berkongsi kerencaman lagu-lagu yang telah beliau nyanyi dan hasilkan.

Populariti lagu Seribu Tahun sebagai lagu yang menusuk kalbu telah seolah-olah mengaburi telinga sebilangan pendengar daripada mendengar lagu-lagu Imran Ajmain yang lain.


Sepanjang kerjaya Imran Ajmain sebagai ahli muzik, banyak lagu-lagunya yang sebenarnya diiktiraf dan diminati ramai. Bahkan, lagu seperti Dikalung Kasihan dan Ghaibmu juga telah mendapat banyak perhatian setelah menjadi lagu OST untuk drama televisyen dan radio.

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page