Merintih Pelanggan Lari Tak Bayar Makanan, Beberapa Warganet Tampil Untuk Bantu Bayarkan
Kaedah pembayaran tanpa tunai (cashless payment) kian popular, lebih-lebih lagi di kalangan generasi muda yang menganggap proses mengeluarkan duit daripada mesin ATM sesuatu yang rumit.
Namun, kaedah ini terbukti telah membawa kerugian kepada sebilangan penjaja makanan.
Antara mereka yang terkesan ialah pemilik gerai Warung Soto.
PELANGGAN TIDAK BAYAR MAKANAN
Pada kira-kira 1 petang semalam (3 Ogos), pemilik gerai di 335 Smith Street Chinatown Food Complex ini dilanggani seorang pemuda yang memesan “nasi goreng tomyum” dan “macaroni bakso”.
Memilih untuk membuat bayaran $8.30 secara digital, pemuda ini dikatakan telah mengimbas kod QR yang terpapar di cermin gerai tersebut.
Pemuda ini kemudiannya dikatakan menunjukkan transaksi di skrin telefon bimbitnya sebelum beredar.
Namun demikian, ketika menyemak semula sejarah transaksi pada malam semalam, pemilik gerai Warung Soto ini mendapati bahawa dia tidak menerima sebarang bayaran daripada pelanggan tersebut.
WARGANET MENGHULURKAN BANTUAN
Merintih nasib di Facebook, beberapa orang warganet tampil untuk membayar bagi pihak pelanggan tersebut.
Antara mereka ialah Eddy He, yang mengalihkan duit menerusi kod QR yang telah dia temui dalam salah sebuah pos yang dimuat naik di laman Facebook Warung Soto.
Zephyr Liu pula memindahkan wang menerusi PayLah!.
Ketika dihubungi wartawan Plan B, pemilik gerai ini mengongsi bahawa dia tidak sangka bahawa ada individu yang sanggup melakukan sedemikian.
“Sejujurnya, saya berasa terkejut dan terharu. Saya amat berterima kasih atas pemberian mereka namun, saya akan memulangkan semula duit yang diterima.
“Saya juga bercadang untuk menghantarkan makanan kepada mereka sebagai tanda penghargaan,” nyata pemilik gerai Warung Soto, yang enggan mendedahkan namanya.
Dalam pada itu, ada yang memberi saranan supaya pegerai ini dapat mengelakkan diri daripada ditipu lagi oleh pelanggan mahupun sistem pembayaran.
Warganet turut menyarankan pegerai ini untuk memasang sistem voice message, yang dapat membantunya dalam memeriksa sama ada transaksi pelanggan diluluskan ataupun tidak.
Pada masa yang sama, terdapat beberapa warganet yang mengadu tentang ketidakcekapan sistem pembayaran tanpa tunai dan berharap agar pihak berkuasa dapat merombak semula sistem tersebut.
REDHA
Berikutan insiden ini, pemilik gerai Warung Soto menyatakan bahawa dia menghalalkan saja juadah yang dibeli pelanggan tersebut.
Dia juga akan menghubungi pihak NETS untuk memeriksa sama ada terdapat percanggahan dalam sistem pembayarannya.
Luahan Wartawan: Aku yang baca komen pun tersentuh. So sweet of those yang bayar on behalf of the man. Ini baru support hawker! I’m hoping that it was an honest mistake. If it wasn’t, kau better bayar balik sak boi. Kesiankanlah dorang…
I guess this also serves as a reminder to all hawkers and retailers to always check whether transactions are successful or not to prevent incidents like this. On this note, aku pun rasa aku should start carrying cash around just in case aku punya digital payments tak get through.
Podcast Plan B minggu ini!
Comments