Menyayat Hati, Motor Penghantar Makanan Pekak Dan Bisu, Dicuri
Terduduk seorang penghantar makanan kurang upaya setelah mendapati motor yang digunakannya untuk mencari sumber rezeki dicuri.
Usai membuat penghantaran makanan ke pusat beli-belah Taman Pelangi pada petang 8 Julai lalu, Faizal, pekerja Grabfood pekak dan bisu, tidak dapat mengesan motosikalnya.
Hal ini kemudiannya disebarkan menerusi laman Facebook Taman Sri Gombak, yang menyeru agar penduduk setempat dapat bekerja sama dalam mencari motor Faizal.
Pada masa yang sama, sebuah lagi laman Facebook, Peon JB, mula mengumpul dana buat Faizal, yang mesra dipanggil Jal.
Dalam kurang sehari, lebih RM10,684 (S$3,446.45) terkumpul bagi membantu Faizal.
Namun tidak lama setelah pos-pos berkenaan dimuat naik, dikhabarkan bahawa motor Faizal telah ditemui di Larkin oleh seorang warganet.
Malangnya, kunci motor masih kehilangan.
Sumber: Facebook
Berikutan penemuan ini, pentadbir Peon JB sedang berunding sama ada mereka patut menghulurkan segala dana yang terkumpul kepada Faizal, belikannya motosikal baharu atau untuk berikan separuh kepada Faizal dan separuh lagi buat golongan yang memerlukan.
Luahan wartawan: Aku harap orang yang curi motor dia rasa bersalah. Kau curi satu, sekarang kau dah rumitkan keadaan orang kurang upaya.
But it’s so touching to see orang ramai kumpul dana untuk tolong Faizal. Orang Singapore pun ada yang membantu. Semoga jumlah yang diberikan nanti dapat sedikit-sebanyak mengurangkan beban Faizal sekeluarga.
Comments