Mengutuk Orang Beli McDonalds Tetapi Dia Juga Membelinya
“Seriously. Korang boleh duduk rumah tak? Boleh mati ke kalau tak makan McDonald’s?” catat Cephas Tan (@cephastann) di Instagram Story (IGS).
Walhal, dia juga berada dalam garisan untuk melanggani McDonald’s.
Di samping itu, Tan turut memanggil pelanggan lain ‘tidak prihatin akan tanggungjawab sosial’ sedangkan dia sendiri membeli meal dari restoran makanan segera berkenaan.
“Akhirnya selepas 35 minit. Kalau orang ni semua matang dan duduk di rumah, sah-sah lagi laju,” kata Tan di IGS terakhir.
Ekoran pos-pos bercanggah ini, laman Facebook SG Dirty Fella memuat naik petikan skrin IGS Tan malam semalam (13 Mei).
Laman tersebut menyifatkan Tan sebagai individu tidak prihatin, sebagai mana Tan telah melabel pelanggan-pelanggan lain.
REAKSI WARGANET
Meskipun Tan dilihat sebagai salah seorang ‘pesalah’ dalam hal ini, warganet ‘memihak’ kepadanya.
Majoriti daripada telah menangkap gurauan Tan dan menganggap Tan sebagai troller.
Bahkan, warganet berpendapat pentadbir SG Dirty Fella tidak faham akan erti jenaka.
Namun begitu, pasti ada yang tidak senang dengan kelakuan Tan — sampaikan ada yang menghantar kata-kata kesat kepadanya menerusi direct message.
Ada juga yang menyuruh Tan berhenti berjenaka.
Sejak pos SG Dirty Fellas mendapat sambutan hangat — 4,500 kongsian dalam kurang 12 jam — akaun Instagram Tan tidak boleh dijumpai.
Sama ada Tan telah menyahaktifkan atau menukar username akaun Instagramnya menjadi persoalan. Adakah anda rasa rakyat Singapura terlalu sensitif? Atau adakah Tan memang bersalah?
Luahan wartawan: Ala chill lah dia main-main jer kan. Hobby baru orang Singapore paotoh-memautoh eh? Biarlah dia nak buat stand-up comedy sendiri.
Tapi aku rasa part dia amek gambar orang lain and panggil dorang socially irresponsible tu was uncalled for lah. He should’ve stopped after the first post.
But ah Tan. I want to say. You better not do all these ah…Singaporeans now all very sensitive. You want to do anything, do quietly. No need to post all. People these days cannot be trusted including those on your close friends list!!
Comments