Mengamuk Dengan Penjual Bubble Tea, Rider Dibuang Kerja
Penghantar makanan Grab yang bergaduh dengan pembuat air dari gerai ‘bubble tea’ Play Made pada malam 21 April mengumumkan di Facebook bahawa dia telah dibuang kerja.
Dalam kenyataannya pada 23 April, Alvin Lee, 38 tahun, berkata perbalahan tersebut berlaku disebabkan sifat barannya.
“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengaku bahawa saya bersalah kerana bertindak demikian di tempat umum.
“Tapi tolonglah faham bahawa ia bukanlah mudah bagi kami (penghantar makanan) yang harus bekerja 12 jam sehari, tidak kira cuaca, demi sesuap nasi.
“Kadang kala, kemarahan menguasai diri kami apabila kami terlalu penat,” kata Alvin, yang turut melampirkan notis pembuangan kerja dari Grab.
Alvin berkata dia menerima pesanan berikut daripada Grab sejurus selepas video tersebut tular. Sumber: Alvin Lee (Facebook)
Alvin juga berkata dia enggan menyalahkan mana-mana pihak dan berharap agar dirinya serta para perkerja terbabit dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.
Pos asal. Sumber: Alvin Lee (Facebook)
Menyusuli luahan Alvin, warganet tampil untuk memberinya kata-kata semangat.
Malah, ada yang merasakan pekerja Play Made patut disalahkan dalam insiden berkenaan.
Walau siapa pun yang salah dalam hal ini, diminta agar semua dapat mengawal emosi masing-masing dengan lebih baik.
Join komuniti Telegram kami di https://t.me/PlanBsg
Comments