Mengalunkan Ayat Suci Sebelum Meninggal Dunia
- Chap Chai
- Jun 19, 2020
- 1 min read
Updated: Apr 5, 2024

Mengakhiri hidup dalam keadaan Husnul Khotimah — meninggal dunia dalam keadaan melakukan amalan soleh dan mengucapkan syahadah sebelum menghembuskan nafas terakhir — didambakan setiap umat Islam.
Antara yang sempat melakukan sedemikian ialah Ulama Mesir, Sheikh Abdul A’ti Ali Abdul Jalil, yang dilapor meninggal dunia Isnin lalu.
Meskipun terlantar dan memakai alat bantuan pernafasan, penghafaz Al-Quran tertua di Luxor, Mesir itu dirakam mengalunkan ayat-ayat suci dalam keadaan mata tertutup.
Saat-saat terakhir Allahyarham ditularkan menerusi Facebook Al Jazeera pada 15 Jun dan telah meraih 634 ribu tontonan, 5.8 ribu kongsian dan 4.8 ribu komen, yang tersentuh melihat saat-saat terakhir insan itu.
Ada yang mendakwa Allahyarham dijangkiti COVID-19 namun begitu, punca kematian tidak diketahui.
Semoga tenang di sisi orang-orang beriman ??
Related Posts
See AllBekas Menteri Pengangkutan Singapura, S Iswaran, dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan pada 3 Oktober 2024 kerana menerima hadiah...
Seorang remaja lelaki Singapura berusia 17 tahun yang telah radikal sendiri ditahan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) beberapa...
Lembaga Warisan Negara (NHB) mengumumkan pada 24 Oktober bahawa ia akan memulakan kajian terhadap 38 Oxley Road untuk menilai kepentingan...