top of page
Writer's pictureBelalang Biru

Mengaku Nabi Dan Mempunyai Talian Eksklusif Bersama Tuhan, Bekas Tukang Urut Ada 5 Isteri Batin


3 wanita berhijab dan 1 lelaki memakai polo putih

Mengaku dirinya sebagai “nabi” dan mempunyai talian eksklusif bersama Tuhan, seorang bekas tukang urut di Singapura ini dikatakan mempunyai 5 isteri “batin”.


Menurut laporan Straits Times, seorang bekas pengikut ajaran “Ali”, Ahmad mengatakan penceraian beliau berlaku kerana isterinya taasub dengan ajaran lelaki itu.


Ahmad dan bekas isterinya mempunyai bisnes events management. Mereka pernah memanggil Ali untuk doakan agar acara-acara mereka berjalan dengan lancar.

seorang wanita memakai sembahyang serba hitam, dengan seorang gadis berambut perang di belakang

Mereka menjadi pengikut ajaran Ali kerana ingin menolong masyarakat Islam yang dalam kesusahan. Namun, Ahmad mula mensyaki ajaran Ali yang dipercayai salah dan sesat dalam Islam.

seorang doktor bercakap dengan hospital yang sibuk sebagai latar belakang

Seorang lagi bekas pengikut, Malik juga mengatakan beliau kurang senang apabila Ali mula “menurun” untuk memanggil “Mbah” yang akan memberi nasihat keagamaan dan juga bisnes.

seorang wanita melakukan meditasi

Ali juga dikatakan pernah menyuruh seorang pengikutnya untuk membeli nombor ekor, kononnya jikalau menang, duit yang dimenangi itu boleh digunakan untuk membantu masyarakat Islam yang memerlukan.

seorang lelaki memakai sut abu biru dengan janggut

Ahmad dan Malik meninggalkan ajaran Ali namun bekas isteri Ahmad masih lagi penganut ajaran tersebut.


Pengikut Ali kebanyakannya wanita yang berkarier dan berpelajaran tinggi. Ada diantara mereka mempunyai diploma dalam undang-undang syariah. Wanita-wanita ini masih lagi mempertahankan Ali, mengatakan beliau bukan membawa ajaran sesat.


Ali dipercayai mempunyai lebih dari 5 isteri batin pada suatu ketika. Ali juga pernah diberi kaunseling oleh komiti Fatwa MUIS setelah menerima aduan dari orang ramai mengenai ajaran yang dibawanya.


Namun apabila dihubungi pihak Straits Times, Ali menafikan segala tuduhan keatasnya dan mengatakan wanita-wanita tersebut hanyalah “sisters” kepadanya.

Kisah ini di laporkan oleh Straits Times pada 9 November 2020.


Luahan Wartawan: Kalau apa yang aku syak betul, aku pernah kerja dengan dorang ni kat kafe.

lelaki menggunakan kemeja putih dan dasi

Aku seram dengan their relationship dynamics honestly cos setahu aku, the women are janda.

wanita berambut blonde menggunakan jaket jeans

Ni “Ali” bunyi macam betul-betul dah sesat. Boleh mengaku diri tu nabi bagai. Banyak lagi lelaki yang pernah ikut ajaran dia yang dah “hilang” isteri pada si Ali ni.


Isteri batin ni semua ajaran sesat dari zaman 90an. Jangan terpedaya. Guru-guru macam ni semua bertuhankan nafsu je. Perempuan tolong jangan bodoh, mak bapak antar gi belaja tinggi-tinggi, kau kerja abeh bela biawak hidup.

wanita tua dengan baju biru dan rambut putih

Why? Just because dia janji 3 juta each? Eh mimpilah kau. Dia feeling sugar daddy padehal tak berhasil.


Apparently his teachings scare the men but the women end up being brainwashed. Either he is a good psychologist or dekni pakai barang.


MUIS please take a look boleh? This is no joke nor can it be ignored any longer.


Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page