Menangis Kerana Tiada Orang Beli Lauk, Roslan Shah Bantu Peniaga Terjejas Dek Peraturan Fasa Kedua
Roslan Shah atau dikenal manja dengan panggilan Cik Lan di kalangan warganet menggunakan wadah media sosial beliau untuk menolong peniaga yang terjejas akibat phase 2 “heightened alert” di Singapura.
Sumber: Channel News Asia
Melalui video FB live dikongsikan beliau, Cik Lan mengatakan Kak Ani, seorang rakan peniaga di situ sedih kerana tiada orang datang membeli makanannya.
“Orang tak beli dari Cik Lan pun takpe, belilah dari Kak Ani ni.”
Warganet memberikan sokongan luarbiasa kepada Kak Ani dan peniaga-peniaga di kedai kopi tersebut.
Ada juga di kalangan warganet yang menawarkan servis penghantaran untuk menolong Kak Ani.
Cik Lan memuatnaikkan video pada malam itu untuk mengucapkan terima kasih terhadap masyarakat Singapura kerana menyokong peniaga-peniaga makanan seperti mereka yang terjejas pada waktu sekarang.
Sumber: Facebook
Luahan Wartawan: Ini baru nama dia influencer. Gunakan populariti untuk menolong rakan sekerja.
Aku terharu bila Cik Lan kata kalau kedai jiran dia pun jual rojak buah tapi bisnes tak berapa laku, dia tetap akan mempromosikan kedai jiran tersebut.
Kirakan rezeki masing-masing tapi sama-sama makan. Bukan makan peniaga lain. Aku rasa ramai orang boleh amek iktibar daripada gesture Cik Lan nih. Kita patut saling bantu-membantu rakan-rakan seperjuangan, bukan mati kan dorang.
Rezeki tu dah ditetapkan Allah, kalau kita bersyukur dan menolong antara satu sama lain, inshaAllah, Dia akan beri lebih lagi, percayalah.
Podcast Plan B minggu ini!
Kommentare