Memanggil Rakan Kerja ‘Sayang’, Dikira Sexual Harassment?
Sumber: Google Images
Memanggil rakan sekerja ‘sayang’ — adakah ia dikira sebagai gangguan seksual?
Bagaimana pula jika kerap diajak keluar makan? Ataupun diberi hadiah dan perhatian yang tidak diingini?
Ini antara soalan yang dicetuskan di Mahkamah Perusahaan Malaysia berhubungan kes Loganathan Maniam v Murphy Sarawak Oil Co Ltd, di mana salah seorang pekerja dari syarikat minyak berkenaan mendakwa dipecat secara tidak adil setelah diberhentikan kerana kegiatan salah laku.
SALAH LAKU PENDAKWA TERHADAP SETIAUSAHA
- Memanggil setiausaha — seorang wanita — ‘sayang’ depan orang ramai dan menerusi kiriman mesej;
- Meletakkan tangan di bahu setiausaha, berjabat tangan tanpa sebab setiap hari, dan mencuit pipinya;
- Memberikan hadiah seperti minyak wangi Armani Code, bunga dan coklat;
- Memberikan perhatian yang tidak diingini melalui pesanan teks dan secara peribadi;
- Menyuruh setiausaha untuk melakukan tugas di luar skop pekerjaan seperti menjemputnya dari lapangan terbang, mengikutnya untuk membeli pakaian bagi sesi makan malam, dan mengharapkan agar setiausahanya menunjuk jalan ke bilik hotelnya secara peribadi.
MENOLAK TUDUHAN MAHKAMAH
Kata pendakwa, dia tidak mempunyai motif seksual terhadap setiausahanya.
Contohnya, pendakwa menyatakan bahawa ungkapan ‘sayang’ dipersetujui setiausahanya dan dia cuma menganggap wanita tersebut sebagai anaknya sendiri.
Bagaimanapun, pendakwa diberhentikan atas kesalahan gangguan seksual di bawah Akta Kerja 1955 setelah siasatan dalaman dijalankan.
Akta Kerja 1955 menjelaskan gangguan seksual bermaksud “menujukan sebarang tingkah laku seksual yang tidak diingini terhadap seseorang sama ada secara lisan, bukan lisan, visual, gerak isyarat atau fizikal, yang menyinggung perasaan atau memalukan atau merupakan ancaman terhadap kesejahteraannya, yang timbul selama tempoh pekerjaan.”
PERLINDUNGAN DI SINGAPURA
Sumber: Google Images
Di Singapura pula, mangsa seksual dilindungi di bawah Akta Perlindungan Daripada Gangguan (POHA).
Contohnya jika mangsa:
menerima komen-komen seksual;
diancam seseorang untuk mengongsi gambar-gambar bogel;
diikuti (stalked);
mangsa boleh membuat laporan polis, mengemukakan aduan jenayah di Mahkamah Negara, atau mendakwa pengganggu atau penguntit (stalker) di mahkamah untuk menuntut wang pampasan.
Sumber: Mashable SEA & Donovan & Ho
Comments