McDonalds Buka Selepas Khairudin Remake Iklan Lama
McDonald’s dibuka semula!
Mulai esok (11 Mei), McDonald’s akan mula beroperasi dari 7 pagi hingga 9 malam, menerusi contactless McDelivery, Drive-Thru dan takeaway.
Dan kepada siapakah yang patut kita ucapkan terima kasih atas pembukaan McDonald’s? Pemerintah? Head office McDonald’s? Bukan dan bukan.
Sebaliknya, berterima kasihlah kepada Khairudin Samsudin.
Yes, him.
RINDU MCDONALD’S
Sumber: McDonald’s
Kempunan akan McDonald’s, personaliti televisyen dan pendikir setempat ini mencipta kembali komersil yang pernah dia lakukan bersama restoran makanan segera itu pada 1992.
Akan tetapi, versi kali ini bukanlah untuk mempromosikan penghalalan McDonald’s, tetapi untuk melahirkan perasaan gundahnya tentang ketiadaan McDonald’s sejak ia ditutup pada 19 April dek penularan COVID-19.
Kalau anda belum perasan, ketujuh-tujuh awok ialah Khai sendiri.
Selain mendikirkan kerinduannya terhadap Cheeseburger, Filet-O-Fish, Chicken McCrispy (yang sudah lama dikeluarkan daripada menu McDonald’s) dan Ice Lemon Tea, kerawanannya itu ditekankan lagi dalam bentuk visual apabila awok-awok cuba menggapai gambar hidangan McDonald’s yang terapung-apung.
PENAMPILAN KHAS
Begitu terkesan dengan penutupan McDonald’s. Harap tenang.
Turut membuat penampilan dalam music video 1 minit 8 saat ini ialah penyanyi tempatan, Aqmal Noor.
Dalam bahagiannya, Aqmal menyalahkan virus korona novel sebagai penyebab McDonald’s ditutup dan berharap agar restoran makanan segera itu dapat dibuka kembali secepat mungkin.
Begitu sadis. Merenung ke luar jendela sambil meratap hiba.
Ahli paluan, yang merangkumi dua kanak-kanak lelaki, juga membuat sorotan dalam video tersebut.
Sama ada kanak-kanak ini ditampilkan sekadar untuk menyerikan video atau kerana mereka betul-betul memainkan alat muzik kurang jelas.
Walau bagaimanapun, wartawan yakin anak-anak ini memang berbakat kerana wartawan pernah stalk Instagram ayah mereka.
Saksikan video penuh:
REAKSI WARGANET
Susulan rendisi korona ini, warganet mengimbau kembali nostalgia lama dan tercari-cari video asli itu.
Ada juga yang meluahkan rasa rindu mereka terhadap McDonald’s.
Dalam pada itu, video ini turut mendapat lebih daripada 1,000 kongsian dan 15,000 tontonan sejak ia dimuatnaikkan pada 10 pagi tadi.
Genap enam jam kemudian, McDonald’s mengumumkan pembukaan mereka.
Jadi, tidakkah anda rasa Khai adalah sebab McDonald’s dibuka kembali? Adakah mungkin Khai ialah Ronald McDonald? Atau adakah ia hanya setakat coincidence?
Harap CSI department boleh lakukan sedikit siasatan. Alang-alang, cari sekali commercial lama. Wartawan tak pernah tonton commercial tersebut kerana masa tu, wartawan belum dilahirkan pun. Wartawan tak tahu pun McCrispy tu apa. Sedih.
Comentarios