Mat Tarzan Diberkas Tanam Pokok Ganja
- Belalang Biru
- Jun 16, 2020
- 1 min read
Updated: Apr 5, 2024

“Mat Tarzan” diberkas polis akibat menanam pokok ganja di rumahnya. Polis menemui 4 pasu dimana pokok ganja tersebut di tanam dalam serbuan mereka.

Menurut laporan, beliau mempercayai bahawa pokok yang ditanamnya itu adalah pokok bambu namun setelah disiasati, Mat Tarzan mengakui telah menanam ganja untuk kegunaan sendiri.

Beliau juga disahkan positif mengambil ganja setelah ujian dadah dilakukan ke atasnya. Polis masih lagi menyiasati sumber biji ganja dimiliki Mat Tarzan yang telah mendorong beliau untuk bercucuk tanam di rumahnya di Alor Setar, Kedah.

Menanam ganja adalah haram di sisi undang-undang tanpa kebenaran dari kementerian kesihatan Malaysia. Jika disabit kesalahan, pesalah boleh didenda sehingga RM20 000 dan di penjara selama 5 tahun.
Luahan Wartawan: Amboi, berani eh kau. Takkan lah tak tau perbezaan antara pokok bambu dengan ganja?
Granted, first look memang daun dia nampak seakan. Tapi confirm ada paraphernalia ganja tu pasal kantoi.
Ganja ni nak tanam dia ada cara, it needs special care and lighting for it to grow healthy. Lately, banyak jugak enthusiasts yang experiment with it. Ingat case dekat Singapore? Siap dengan UV lighthouse bagai.

Dadah merosakkan. Medicinal cannabis works because of a specific dosage. Kalau dah bercucuk tanam sendiri, clearly strain yang kau pilih untuk high, bukan ubat.

Jauhkan dari pengambilan dadah tanpa preskripsi. Take everything you read online as research with a huge pinch of salt because the advocacy is a marketing ploy.
Related Posts
See AllBekas Menteri Pengangkutan Singapura, S Iswaran, dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan pada 3 Oktober 2024 kerana menerima hadiah...
Seorang remaja lelaki Singapura berusia 17 tahun yang telah radikal sendiri ditahan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) beberapa...
Lembaga Warisan Negara (NHB) mengumumkan pada 24 Oktober bahawa ia akan memulakan kajian terhadap 38 Oxley Road untuk menilai kepentingan...