top of page

Mat Salleh Kutuk Isi Wanton Tak Cukup ‘Crispy’

Updated: Apr 15, 2024


wonton crispy dan lelaki berbaju hitam sedang memasak

Dua tahun lepas, pengkritik makanan John Torode daripada rancangan MasterChef UK berkata rendang yang dihidangkan oleh salah seorang peserta ‘tak cukup garing’.


Tahun ini di MasterChef Australia pula, juri-juri berpendapat bahawa inti wonton yang disaji oleh Brendan Pang, peserta berketurunan Cina, tidak rangup.

gordon ramsay memegang daging ikan

MAHIR MEMBUAT WONTON

piring putih 6 wonton crispy dan sauce

Sumber: Network 10 Australia


Pada episod terkini MasterChef Australia, para peserta dikehendaki menghidangkan jamuan yang crispy to the bite (atau dalam kata lain, luar dalam rangup).


Sementara peserta lain membuat ayam goreng, canoli dan udang tempura, pemilik kedai makan ini menyediakan wonton goreng bersama sos cili dan bawang putih buat santapan juri.

gordon ramsay memukul meja dan marah

Namun begitu, juri-juri kurang berpuas hati dengan hasil Pang, 26 tahun.


“Sorry, tapi aku punya (wonton) tak crunchy. Ni lembik. Jadi kesimpulannya, makanan kau tak tepati arahan yang kami berikan,” kata seorang juri.


Malah, wonton Pang ditekan-tekan untuk membuktikan bahawa inti wonton tersebut tidak rangup.

wonton crispy

Sumber: Network 10 Australia


Disebabkan ‘kesilapan’ ini, Pang hampir disingkirkan.

5 orang berdiri dan memakai apron hitam

Pang (dua dari kiri) hampir tersingkir. Sumber: Brendan Pang (Instagram)


REAKSI WARGANET


Keliru dengan cara penilaian juri, pemenang siri kedua MasterChef Australia, Adam Liaw, bersama beberapa lagi warganet berdebat di Twitter.

adam liaw post twitter

Mereka juga mengkritik kritikan pengkritik, yang bersifat ‘berat sebelah’.

respon netizen
respon netizen

Namun, seseorang berpendapat bahawa Brendan memang telah membuat kesilapan kerana memilih resepi yang ‘tidak rangup sepenuhnya’.

respon netizen

Apa pandangan korang? Adakah Brendan bersalah? Atau adakah juri-juri uncultured? Jika wartawan di dalam pertandingan ini, dia akan menyajikan keropok ikan. Kerana keropok ikan rangup. Sekian seikan.


Join komuniti Plan B di Telegram dan Instagram

Related Posts

See All

RECOMMENDED NEWS

RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

PlanB

Get the most Hot topic that affects our community here. Read our thoughts on the latest happenings and send in your thoughts as well!

EMAIL US

CONNECT WITH US

Subscribe to get exclusive updates!

Thanks for subscribing!

  • Facebook
  • Instagram
  • Telegram
  • TikTok

Copyright © 2024 - PLANB MEDIA

bottom of page