Malu Dituduh Hamil Oleh Doktor, Walaupun Masih Dara
“Esok I discharge, tak sabar nak serang balik klinik yang cakap I hamil tu. Aku nak lempar gambar scan baby entah mana ni dekat muka kau.”
Seorang netizen bernama Syaimaa Zailani berkongsi pengalamannya yang menggerunkan di sebuah klinik melalui sebuah tweet yang kini tular.
Dituduh hamil setelah beberapa ujian, Syaimaa tidak berpuas hati kerana dia masih dara lagi. Doktor itu juga menuduh Syaimaa berbohong untuk menutup malu depan kakaknya.
Menurut Syaimaa, dia mengalami sakit perut dan keputusan ujian-ujian tersebut mengejutkan kerana doktor enggan memberi penjelasan yang lain.
Syaimaa meminta surat rasmi untuk membuat ujian di pusat rawatan Nilai. Dia disyaki mempunyai masalah apendisitis.
Setelah menerima rawatan di hospital, Syaimaa kembali ke klinik tersebut untuk bersemuka dengan doktor yang menuduhnya.
Namun dia disambut dengan beberapa pekerja klinik yang sedang membawang mengenai tweet viral tular dimuat naikkannya.
Dalam masa yang sama, Syaimaa dijemput oleh doktor lain untuk berbual dan mencari huraian yang terbaik buat kedua-dua belah pihak. Menurut doktor yang tidak dinamakan, rakan kerjanya tidak pernah berkelakuan sedemikian dan juga meminta maaf bagi pihak mereka kerana kurang profesional.
Niat Syaimaa hanya ingin doktor tersebut meminta maaf dengannya kerana telah menjatuhkan maruahnya di khalayak ramai tetapi dia seolah-olah mengelak dan menghilangkan diri. Menurut kakak Syaimaa, beliau melahirkan hasrat untuk mengambil tindakan sekiranya doktor tersebut enggan memberikan penjelasan.
Warganet turut bersimpati dan marah dengan tindak laku kurang profesional klinik tersebut.
Salam. Sis, I'm sorry for what had happened. I harap u boleh buat report yg sepatutnya. Pada kkm, owner clinic, dan badan2 yg bertanggungjwb. U just serang dia, esok lusa dia buat kat org lain pulak. Biar dia kena tindakan spttnya.
— . (@_vee____) May 28, 2020
Seorang netizen bernama Wanie Ibrahim cuba membayangkan nasib Syaimaa jika mempunyai ibubapa yang tegas.
Dan ada juga yang cuba buat lawak hambar.
Dia ingat mariam…Ya Allah…Semoga cepat sembuh — Datok.Penghulu (@Datok_Penghulu) May 29, 2020
Seorang doktor bernama Nimelesh juga turut bersuara dan menasihatkan agar semua pakar perubatan untuk sentiasa bersikap profesional dan peka terhadap pesakit mereka.
Luahan Wartawan: Rude and unprofessional.
Kalau aku yang kena, aku basuh tu doktor dekat situ jugak, kasi dia ingat her Hippocratic oath.
Imagine the trauma you put her through in front of her sister and the public.
Kalau dia tengah kritikal dan tak dapat rawatan rapi kerana sikap kau, her blood will be on your hands.
Maybe you made a mistake and you realized it after, tak salah kalau kau mengaku kesalahan kau and make amends.
Kirakan kau dah fitnahkan dia when you refused to listen to her, berat tu. Dosa dengan Allah boleh minta ampun dengan Dia tapi dosa dengan manusia kena minta maaf sesama sendiri.
Renung-renungkan lah ya.