top of page
Writer's pictureBelalang Biru

Malas Pergi Kerja, Lelaki Ini Tipu Majikan, Pura-Pura Kena Culik


Pura-Pura Kena Culik

Perasaan malas ataupun liat untuk ke kerja memang satu perasaan yang kadang-kala kita hadapi. Maka secara tidak langsung, pelbagai alasan akan dibuat untuk mengelak datang kerja atau mencari helah untuk bercuti.


Namun begitu, seorang lelaki di Amerika Syarikat mengambil langkah yang agak melampau apabila beliau melakukan penculikan palsu ke atas dirinya semata-mata untuk ponteng kerja.

penculikan palsu

Tak cukup dengan itu, beliau kemudian mengikat dirinya dan terbaring di tepi jalan sambil menunggu untuk diselamatkan oleh pihak berkuasa apabila beliau dijumpai oleh orang awam.


Lelaki itu, seorang pekerja kilang tayar yang dikenali sebagai Brandon Soules dilaporkan dijumpai dalam keadaan tangan yang diikat dan mulutnya yang ditutup dengan kain.

tangan yang diikat dan mulutnya yang ditutup dengan kain

Sumber: dailymail.co.uk

Ketika polis bertanya bagaimana beliau berada di situ, Brandon mengatakan bahawa beliau diculik oleh dua lelaki bertopeng yang memukulnya di kepala sebelum mengikat dan membuangnya di dalam sebuah menara air.


Menurut siasatan polis, Brandon mendakwa beliau diculik untuk dijadikan tebusan kerana bapanya yang kaya telah menanamkan sejumlah wang tunai di padang pasir.


Namun begitu pihak polis meragui jalan cerita Brandon selepas meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) lalu memanggil lelaki itu untuk disoal siasat lagi.

CCTV

Setelah beberapa kali disoal siasat, Brandon akhirnya mengaku bahawa semua yang dilakukan hanya rekaan semata-mata kerana beliau tidak mahu bekerja pada hari tersebut.

coolodge police department

Sumber: dailymail.co.uk

Menurut pihak polis daripada Coolidge Police Department, Brandon akhirnya ‘membuka mulut’ dan menceritakan tentang kisah yang sebenar pada pihak berkuasa.

we confess

Pada mulanya beliau mengambil kain dan menyumbatkannya di dalam mulut. Selepas itu, Brandon menanggalkan tali pinggang yang dipakainya untuk mengikat tangannya pula.


Brandon kemudian baring di atas tanah dan menunggu di tepi jalan supaya ada yang dapat melihatnya.

I'm Tied Up

Akibat daripada perbuatan yang dilakukan itu, lelaki berusia 19 tahun itu didapati bersalah kerana menipu pihak berkuasa dan telah disaman.

dailymail.co.uk

Sumber: dailymail.co.uk

Lebih malang lagi, Brandon juga diberhentikan kerja oleh majikannya.

you're fired

Luahan Wartawan: Serious ah, this guy da next level sampai sanggup buat false report eh. All this for just one day of malas nak pergi ke kerja. Yang kelakarnya, if only he puts in the same amount of energy for work as he put for this ‘kidnapping’ effort, kan baru datangkan hasil. Dia buat gini, bukannya dapat apa-apa. Kena buang kerja lagi ada.


Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify


Comentarios


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page