top of page
Writer's pictureBelalang Biru

“Maafkan Anak Saya. Dia Menghidapi Skizofrenia Sejak 2013.” Bapa ‘Matilda Lee’


Maafkan Anak Saya

Seorang lelaki yang mendakwa dirinya bapa kepada “Matilda Lee” menyeru kepada warganet untuk berhenti mengecam anaknya yang terdahulu, telah memuat naik pos-pos berbaur perkauman di media sosial.

telah memuat naik pos-pos berbaur perkauman di media sosial

Sumber: Twitter

Meninggalkan komennya di salah sebuah pos di Facebook kelmarin (31 Ogos), lelaki itu, yang dikenali sebagai Abdul Nasir Ahmad Ahmad berkata:


“Maafkan anak saya. Saya merayu sangat kepada semua untuk henti menularkan perbuatannya. Dia tidak sihat dan menghidapi penyakit skizofrenia sejak 2013. Dia tidak berniat apa-apa. Sekali lagi, saya minta maaf kepada semua.”

Matilda Lee

Antara gambar profil yang digunakan bagi akaun Twitter “Matilda Lee”. Sumber: Twitter

Terdahulu, “Matilda Lee” didakwa menyerang masyarakat Melayu/Islam tempatan dengan memuatnaikkan kandungan ofensif di wadah Twitter berikutan ucapan Perdana Menteri Lee Hsien Loong sewaktu Rapat Hari Kebangsaan.


Antara kenyataan yang dibuat olehnya termasuk mengangin-anginkan bahawa masyarakat Melayu/Islam tempatan “memeningkan kepala” dan “tidak harus dipedulikan”.

memeningkan kepala
tidak harus dipedulikan
twitter

Sumber: Twitter

Susulan hantaran-hantarannya, pihak berkuasa menyatakan ia menerima satu aduan pada 29 Ogos dan identiti wanita 27 tahun ini dikenal pasti pada hari yang sama.


Terkini, polis sedang menjalankan siasatan ke atas “Matilda Lee” kerana mencetuskan permusuhan antara kaum.


Wartawan Plan B telah menghubungi Abdul Nasir Ahmad Ahmad untuk mendapatkan perincian lanjut tentang keadaan anaknya.


Luahan Wartawan: Makin lama makin ramai pulak yang gunakan penyakit mental sebagai alasan untuk justify perangai buruk dorang. It’s just so convenient, isn’t it?


Kutuk bangsa sendiri is one thing. Dahtu sembunyi behind a Chinese name. Nampak sah sengaja nak lagakan rakyat. Harap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang sewajar dan seadilnya.


Listen to Plan B’s Podcast this week!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Commentaires


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page