Lori Kicap Turun Sekolah Setelah Seorang Pelajar Tular, Bawa Botol Kicap Untuk ‘Recess’
7 Julai lepas, tular gambar seorang pelajar Malaysia yang membawa bekal sebotol kicap jenama Jalen sewaktu hari pertama pembukaan sekolah.
Gambar yang dikongsi di laman Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official bukan sahaja menjana puluhan ribu likes malahan juga, telah menarik perhatian syarikat kicap Jalen.
Awal pagi tadi (16 Julai), sebuah lori Jalen menyinggahi sekolah pelajar berkenaan, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Medan, Batu Pahat.
Gambar hiasan. Sumber: Facebook
Dan perkara ini secara tidak langsung menjadi perbualan wargenet.
REAKSI WARGANET
Ada juga yang terhibur melihat gambar seorang guru bergaya seperti duta di sisi lori Jalen.
Ada yang rasa, pelajar ini mungkin akan menjadi wajah baharu Jalen.
Segelintir menganggap kehadiran Jalen sebagai rezeki pelajar itu, meskipun tujuan Jalen hadir ke sekolah tersebut tidak dijelaskan.
Di kesempatan itu juga, warganet meluahkan rasa cinta dan kesetiaan mereka terhadap kicap Jalen.
Luahan wartawan: Sedap ke kicap ni? Ke kicap kipas udang lagi sedap? Lepas ni aku nak try amek gambar makan oyster. Mana tau nanti ada supplier datang rumah hehe ?
Sumber: Facebook
Comments