“Letak Dan Gerak”. Altimet Tinggalkan Keperluan Depan Rumah Penerima Agar Penerima Tidak Rasa Malu
Kempen Bendera Putih, sebuah inisiatif yang diperkenalkan di Malaysia bagi menolong golongan yang memerlukan agihan makanan dan keperluan harian sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, telah menyatukan penduduk seberang tambak untuk saling membantu masyarakat mereka.
Antara penduduk yang menyokong usaha ini ialah penyanyi rap tersohor, Altimet.
Jumaat lalu (2 Julai), Altimet bersama rakannya memulakan rondaan pertama mereka di sekitar kawasan kediaman Ukay Perdana, Bukit Antarabangsa, Lembah Keramat dan Gombak untuk mencari kibaran bendera putih agar dapat mereka hulurkan bantuan.
Berlandaskan prinsip ‘letak dan gerak’, Altimet meninggalkan barangan keperluan di depan rumah penerima dan terus beredar dari kawasan tersebut agar penerima tidak berasa malu untuk mengambil bantuan yang dihulur.
Bahkan, beliau juga enggan berinteraksi dengan sesiapa dan turut melarang orang ramai untuk mengambil gambarnya sewaktu menjalankan rodaan.
“Tidak perlu malu. Kami tak mahu mengambil gambar dengan sesiapa. Kami pun tidak mahu orang ambil gambar kami dan muat naik. Kamu jiran-jiran kami. Celakalah kami kalau tidak tolong jiran sendiri,” nyata Altimet, yang berhajat untuk menjalankan agihan setiap Jumaat sehingga tiada satu pun bendera putih yang kelihatan.
Penyanyi 43 tahun ini turut mengalu-alukan orang ramai untuk salurkan dana ke sebuah akaun Maybank yang telah dikosongkan khas buat usaha Bendera Putih agar dapat beliau membeli keperluan asas bagi mereka yang kurang bernasib baik.
Sumber: Instagram, Altimet
Di samping itu, talian bantuan turut disediakan agar penduduk yang menetap di luar kawasan rondaan tidak terkecuali.
Altimet turut mengongsi inisiatif-inisiatif lain yang beliau lakukan sewaktu tempoh PKP dalam wawancara beliau bersama OKLETSGO minggu lalu. Dengarkan kisah beliau di sini:
Luahan Wartawan: Such a brilliant guy with a big heart. Syurga buatmu. No cap.
On this note, semoga jiran-jiran kita di Malaysia cekal mengharungi tempoh PKP. Happy thoughts only!
Podcast Plan B minggu ini!
Comments