top of page
Writer's pictureChap Chai

Lepas Ambil Vaksin, Terus Hiburkan Frontliner, Jamal Abdillah Buat Persembahan Spontan


Jamal Abdillah Buat Persembahan Spontan

Penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah dilihat sangat candi apabila membuat persembahan kejutan di salah sebuah Pusat Pemberian Vaksin di Selangor kelmarin (10 Julai), sejurus selepas menerima suntikan Pfizer pertamanya di sana.

suntikan Pfizer

Mendendangkan lagu “Kekasih Awal dan Akhir”, Datuk Jamal, 62 tahun, menyampaikan lagu tersebut sebagai tanda penghargaan buat petugas barisan hadapan yang bekerja berhempas-pulas untuk mencegah penularan virus COVID-19 di Malaysia.


Di samping itu, Datuk Jamal turut meluangkan masa dua jam bersama kakitangan di pusat vaksinasi berkenaan untuk memberikan kata-kata semangat dan ucapan tahniah atas usaha mereka.


REAKSI WARGANET


Persembahan ikon ini bukan sahaja mendapat sambutan gah daripada petugas barisan hadapan dan penerima suntikan di pusat vaksinasi tersebut.


Malah, ia turut menghiburkan hati warganet di Instagram yang tidak puas dengan persembahan singkat Datuk Jamal.

hanara8008
puas dengar lah min.. huhuhu

Warganet turut terkesima dengan lantunan lunak Datuk Jamal serta penampilannya yang kekal sachok meski sudah lanjut usia.

m_s_nila
wind_will and jay_jyemohd78
Warganet turut terkesima dengan lantunan lunak Datuk Jamal serta penampilannya yang kekal sachok meski sudah lanjut usia.

Walau bagaimanapun di Facebook, warganet menganggap persembahan Datuk Jamal sebagai taktik untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada mengingati kesilapannya melanggar undang-undang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sabrie Orieweirdo Musa
Sam Ali Cob
Na Na

Warganet Facebook turut mempertikai tindakan penyanyi veteran ini yang membuka pelitup mukanya sewaktu bernyanyi.

Muhammad Noh
ToxicEverywhere

Meski dikutuk, Datuk Jamal Abdillah pastinya kekal sebagai antara penyanyi yang disegani dan disayangi ramai.


Second dose jangan lupa ye, Datuk.


Luahan Wartawan: I stan walaupun dia keluar untuk makan durian masa PKP. Kau tengok, dia dah tua tapi rilekkk jer kene inject. Boleh siap nyanyi lagi, happykan orang lain.


Aku ituari annoyed gila masa pergi first dose. Ada this lady belum apa-apa dah “AHHH AHHH AHHH” sampai tu nurse pun fed up aku rasa sebab aku heard him saying “RELAX RELAX” Pergi vaccine tak sakit gais. Just take a deep breath and before you know it, it’s over. Be like Jamal Abdillah. Jamal Abdillah chill.


And please kalau belum pergi vaccine, tolong pergi. For the sake of the nation, I beg you. Aku nak remove this mask already sesak nafas aku kau tau tak


Podcast Plan B minggu ini!


Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page