Lelong Online, Boleh Untung Ke?
Tentu anda pernah nampak video “live auction” bidding dilaksanakan di Facebook. Malahan terdapat lebih daripada 20 akaun sebegitu dan antara yang paling popular adalah The Auction House SG, MangobossKu Auction, Ultravalue Auction dan Betty Auction.
Soalannya, betul ke benda ni boleh buat duit? Kami bertanya dengan salah seorang penjual auction, Zul dari too good to nego.
Sumber: Facebook
FUNGSI DAN CARA MEMBORONG
Menurut Zul, pemborong di beri gambar-gambar pallet yang ada untuk dipilih. Sebuah pallet seberat 300 kg berjumlah dalam lingkungan $1500.
Ia bergantung pada pemborong untuk membeli berapa banyak pallet tetapi bagi Zul, dua pallet memadai kerana pembelian itu juga tertakluk pada nasib.
Pemborong tidak akan tahu isian pallet tersebut sehinggalah ia sampai pada mereka.
PENGALAMAN MEMBELI
“Kalau dapat manufactured pallet, itu yang terbaik kerana barangan di dalam baru dan tidak pernah di pakai, senang nak jual. Tapi kalau dapat return pallets, tu boleh merugikan.”
Kadangkala barangan diatas pallet tersebut tidak boleh digunakan. Zul pernah mewartakan satu seketika beliau perlu membuang barangan yang berbentuk sampah sebanyak 100kg.
Sumber: Zul.
Return pallet adalah koleksi barangan terpakai yang dikembalikan kepada syarikat seperti Amazon oleh pengguna sebelum tempoh 30 hari.
BOLEH BUAT DUIT
Zul berkongsi keuntungan yang boleh beliau raih ketika melakukan auction ini adalah dalam kurang lebih $2000 sebulan tetapi ia ditentukan oleh nasib seorang pemborong dan juga bidaan pelanggannya.
Antara kegembiraan dan kepuasan Zul ketika melakukan auction adalah ketika beliau dapat berinteraksi dengan pelanggannya.
Yang pasti, live auction adalah alternatif kepada zaman-zaman kegemilangan lelongan bazaar yang dilakukan di serata kawasan Singapura.
Adapun begitu, kemungkinan besar populariti live auction ditingkatkan ketika dalam keadaan circuit breaker yang mana ramai pegerai-pegerai harus duduk dirumah dan tidak dapat berniaga seperti biasa.
Lantaran itu,mereka melakukan live auction.
Luahan Wartawan: It is an interesting concept tapi perlukan modal yang besar.
And it all depends on luck. Kalau aku beli, dapat pallet yang penuh dengan sampah sarap, duit burn satu hal, darah aku yang menyirap lagi satu hal.
Actually ni pallet sales bukan baru cuma dulu lebih kepada fashion and beauty items. Lepastu sellers buat grab bags murah.
Tapi bidding ni fun. It starts as low as $1, imagine getting a brand new tablet for $150. Siapa tak nak?
Comments