Lelaki warga Singapura mengaku tidak bersalah dakwa dirinya seorang rasul
- Plan B
- Jan 6
- 1 min read

Seorang lelaki warga Singapura, Idris Ami, berusia 60 tahun, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan atas dua tuduhan mengajar ajaran salah.
Dia didakwa mendakwa dirinya sebagai rasul zaman ini dan memiliki roh kudus, tuduhan pertama melibatkan ajaran salah kepada dua lelaki di Kuala Pilah pada Oktober 2023.
Tuduhan kedua melibatkan dakwaan bahawa dirinya mengandungi roh rasul-rasul terdahulu dari Nabi Adam hingga Nabi Muhammad.
Kesalahan ini didakwa di bawah Seksyen 52 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 pindaan 2019, dengan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara hingga tiga tahun.
Pendakwa memohon agar tiada jaminan diberikan kerana tertuduh merupakan warga asing. Namun, mahkamah menetapkan jaminan RM8,000 dengan syarat tertentu.
Selain itu, seorang wanita yang dikaitkan dengan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM4,000.
Siasatan mendapati ajaran yang dikenali sebagai “Cahaya” ini bertentangan dengan hukum syarak, termasuk tidak memerlukan solat dan zikir, serta bersentuhan dengan bukan muhrim dianggap tidak berdosa.
Related Posts
See AllBekas Menteri Pengangkutan Singapura, S Iswaran, dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan pada 3 Oktober 2024 kerana menerima hadiah...
Seorang remaja lelaki Singapura berusia 17 tahun yang telah radikal sendiri ditahan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) beberapa...
Lembaga Warisan Negara (NHB) mengumumkan pada 24 Oktober bahawa ia akan memulakan kajian terhadap 38 Oxley Road untuk menilai kepentingan...