Lelaki Kena Taser, Bangkit Kembali Untuk Melarikan Diri
Seorang lelaki dilihat cuba melarikan diri daripada diberkas polis di Esplanade drive. Dalam video yang kian tular di Facebook, lelaki tersebut dipercayai di “taser” akibat perbalahan antara beliau dan 6 orang anggota polis.
Di dalam video tersebut, seorang pegawai polis boleh dilihat seperti memberi amaran sebelum mengacukan senjata yang dipercayai sebuah taser gun ke arah lelaki itu. Beberapa ketika kemudian, beliau membongkok kan diri seperti dalam kesakitan setelah dipercayai di taser.
Namun begitu, lelaki tersebut kemudian bangun dan melarikan diri ke arah Fullerton Hotel sambil menanggalkan pakaiannya sebelum diberkas akhirnya.
Menurut posting Singapore Road Accident, lelaki tersebut juga sempat melontarkan telefon bimbit beliau di tengah jalan sebelum diberkas polis.
Reaksi warganet bercampur. Ada di kalangan mereka yang mengecam pihak polis kerana menggunakan kekerasan terhadap seorang lelaki yang disyaki bersalah di sisi undang-undang.
Anggota polis dikatakan kurang profesional dan memerlukan latihan yang lebih untuk mengatasi situasi seperti ini.
Namun ramai mempertahankan tindakan anggota polis yang terlibat. Mereka mengatakan bukan mudah untuk memberkas seorang yang disyaki bersalah terutama sekali apabila di tengah jalan yang sibuk.
Lelaki tersebut juga dikatakan telah dikejarkan ke hospital setelah di berkas.
Luahan Wartawan: Aku rasa macam banyak orang inspired by GTA eh lately.
Mana menculik pakai kereta mewah, abeh yang ni pulak resist arrest, mau tunjuk terror dekat tengah-tengah road. You’re putting other people in danger with your daredevil attitude.
It sure looks like a taser gun tapi at the same time, entahlah. I feel like the guy was feinting? He was seen struggling to stand up macam sakit sangat and then the next second, dia pecut macam UK Shyam. Tak ke kelakar tu?
And those who are criticising the police, maybe you try being an officer of law in an era where smart phones are in your face at every angle. It is not easy especially with the current sentiment against officers of the law.
I wonder what is he running away from. Another Escobar wannabe ke?
Comments