Lelaki Jepun Ini Beritahu Tarikh Lahir Berbeza Kepada 35 Temanita Untuk Dapat Hadiah Berbeza
Takashi Miyagawa, seorang jurujual kepala paip pancuran hidrogen, 39 tahun telah ditahan di Osaka, Jepun, kerana “skim hubungan bersiri”.
Menurut SoraNews, Takashi mempunyai beberapa teman wanita dan memberikan keyakinan bahawa beliau ingin berkahwin dengan mereka pada masa hadapan.
Takashi kemudiannya memberitahu wanita-wanita tersebut ulang tahun kelahirannya yang berbeza untuk mendapatkan pelbagai hadiah dan wang tunai daripada mereka.
Warganet memberikan pendapat mereka. Ada diantara mereka mengatakan Takashi tidak bersalah.
Mestilah boleh, ada 35 temanita yang beri hadiah dan duit. Boleh recycle dan reuse.
Amazing feat when you think about it.
Pelik tapi benar, dah katakan salesman…
SoraNews melaporkan bahawa Takashi baru-baru ini memberitahu seorang wanita berusia 47 tahun bahawa hari jadinya adalah pada 22 Feb, seorang lagi mangsa mendakwa beliau memberitahu hari jadinya adalah pada bulan Julai, namun seorang lagi mangsa berada di bawah tanggapan bahawa hari jadinya adalah pada bulan April.
Tarikh lahirnya yang sebenar dilaporkan Nov. 13.
Beliau didakwa melakukan ini kepada sekurang-kurangnya 35 wanita. Mereka sejak itu telah membentuk “Persatuan Mangsa” dan melaporkannya kepada polis Februari lalu.
Luahan Wartawan: His crime is the fact that he lied, duped women and got caught.
It is no mean feat to juggle 35 different women just to get gifts during his birthday. Aku tak tau nak sepak ke admire dia.
Actually, aku ada kenal orang macam ni dalam local context. Tapi the gifts he get are stuff like handphones, mp3 players and branded clothes. Yang ada perempuan sanggup bayarkan bill handphone dia jugak. Last-last kena belasah dengan abang-abang mangsa.
Yang nak cuba jadi macam dia tu, fikir baik-baik. Kena tangkap satu hal, kalau kena belasah lagi rabak.
Podcast Plan B minggu ini!
Komentáre