top of page
Writer's pictureBelalang Biru

Lelaki Dan Perempuan Bukan Mahram Harus Duduk Berasingan Di Pawagam Terengganu


Harus Duduk Berasingan Di Pawagam Terengganu

Kurang satu port ‘ringan-ringan’ buat penduduk Pantai Timur Malaysia setelah panggung wayang TGV Terengganu mengumumkan kelmarin (3 September) bahawa ia akan melaksanakan pengasingan tempat duduk mengikut kategori lelaki, perempuan dan keluarga.


Menurut notis yang dimuatnaikkan di Facebook TGV Cinemas, “penonton beragama Islam yang bukan suami isteri atau adik beradik tidak dibenarkan untuk duduk bersebelahan”.

skrin pawagam

Sumber: TGV Cinemas


Dikuatkuasakan pada hari yang sama di cawangan Mesra Mall, para penonton juga harus mematuhi beberapa lagi peraturan berdasarkan garis panduan yang ditetapkan Majlis Perbandaran Kemaman (MPK):

  1. Penonton beragama Islam harus menutup aurat;

  2. Penonton bukan Islam tidak boleh memakai pakaian terlalu ketat, jarang dan singkat dan;

  3. Penonton tidak dibenarkan membawa minuman alkohol.

peringatan

Sumber: TGV Cinemas


Ini bukanlah kali pertama pawagam di Terengganu menetapkan syarat-syarat sedemikian rupa.


Julai lepas, pawagam Lotus Five Star Kuala Terengganu turut mengumumkan cara pendudukan berasingan bagi mematuhi undang-undang Syariah.


Luahan wartawan: Dah tak boleh comolot dalam wayang dah ? Tapi takpe, outlet lain masih boleh duduk sama-sama (for now) ?


Nasib Singapore takde rules gini ?


Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page