top of page
Writer's pictureLintah Darah

Lelaki Cina Rasis Tular, Tohmah Lelaki Kacukan India Filipina Jalin Hubungan Dengan Wanita Cina


Lelaki Cina Rasis

Video seorang lelaki Cina mengujarkan komen-komen rasis terhadap pasangan antara kaum Singapura sedang hangat diperkatakan di Facebook dengan lebih 7,000 kongsian.


Dikemukakan pagi tadi (6 Jun) oleh mangsa keadaan, Dave Parkash, video konfrontasi itu mendedahkan sikap agresif lelaki Cina terbabit.

konfrontasi itu mendedahkan sikap agresif lelaki Cina terbabit

Dalam video yang dirakam oleh kekasih Dave, seorang wanita Cina-Thai, lelaki Cina itu mentohmah bahawa Dave, yang memiliki darah kacukan India dan Filipino, ialah seorang “rasis” kerana dia menjalinkan hubungan bersama seorang wanita Cina.


Lelaki Cina itu turut menuduh Dave sebagai seorang “penyambar wanita Cina” dan berkata bahawa “wanita Cina tidak patut bercinta dengan lelaki India”.


Susulan kejadian ini, Dave, 23 tahun, meluahkan bahawa dia berasa “malu, terhina dan terluka” dengan bagaimana dia diperlekehkan.

malu, terhina dan terluka” dengan bagaimana dia diperlekehkan

“Dia memalukan kami (saya dan kekasih) di khalayak ramai, seolah-olah kami telah membuat kesalahan.


“Dia memanggil dirinya sendiri rasis, malah juga menuduh saya rasis hanya kerana kekasih saya dan saya berlainan bangsa.”


Pada Dave, cinta tidak kenal bangsa dan agama, dan tiada seorang pun patut dihalang untuk mencintai sesiapa yang hendak mereka cintai.

cinta tidak kenal bangsa dan agama, dan tiada seorang pun patut dihalang untuk mencintai sesiapa yang hendak mereka cintai.

Dave turut berharap agar posnya dapat mendidik orang ramai dalam membendung rasisme di Singapura.


REAKSI WARGANET


Ruangan komen di Facebook Dave rata-rata menghentam perbuatan lelaki Cina itu.


Ada yang berkata pemangsa, yang memakai baju merah dengan perkataan “Singapore”, tidak layak menjadi seorang rakyat Singapura.

“Singapore”, tidak layak menjadi seorang rakyat Singapura.
Ada yang berkata pemangsa

Ada pula yang berpendapat bahawa pemangsa bertindak sedemikian rupa kerana cemburu akan hubungan Dave.

pemangsa bertindak sedemikian rupa kerana cemburu akan hubungan Dave.
cemburu akan hubungan Dave.
hubungan Dave.

Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam turut memberi pandangannya tentang kejadian ini.


“Nampaknya lebih ramai orang yang merasakan bahawa tiada masalah bagi mereka untuk mengeluarkan kenyataan rasis secara terbuka.


“Sebelum ini, saya yakin bahawa Singapura sedang maju ke arah toleransi dan keharmonian kaum. Namun berdasarkan kejadian-kejadian yang baru berlaku, saya sudah kurang pasti.”

 Singapura sedang maju ke arah toleransi dan keharmonian kaum

Luahan Wartawan: Aku rasa it’s staged. Entah lah eh. Kalau aku kena harass gitu out of nowhere, I would’ve lost my temper. Aku confirm dah maki muka tu apek for talking shit. Tapi this Dave and matair dia macam so calm…Masih boleh record, angle swee swee abeh kasi TED talk pasal racism lagi.


Tapi kalau it really happened, then aku rasa uncle ni maybe loner and sexually deprived. Jadi bila dia tengok orang lain keluar dating, lagi-lagi bangsa lain yang keluar dengan perempuan of his race, dia rasa macam: “Eh wah lan eh how come he get Chinese girl but I cannot ah? I must harass him now.” Kesian sikit lah kat dia. Dah lah lonely, abeh tak betul…


Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify


Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page