top of page
Writer's pictureLintah Darah

Lelaki Berusia 35 Tahun Didakwa Dalam Pembunuhan Felicia Teo Wei Ling Yang Hilang 13 Tahun Lalu


Didakwa Dalam Pembunuhan Felicia Teo Wei Ling

Seorang lelaki berusia 35 tahun didakwa pada 17 Dec dengan pembunuhan Felicia Teo Wei Ling, berusia 19 tahun yang hilang 13 tahun lalu.


Ahmad Danial Mohamed Rafa’ee ataupun Danial Enemiko ditahan pada Selasa berhubungan dengan kes kehilangan Teo. Mereka bertiga dipercayai adalah rakan sekolah di LaSalle.


Pihak polis masih mencari seorang lelaki berusia 32 tahun, Ragil Putra Setia Sukmarahjana, yang juga dipercayai melihat Teo kali terakhir di sebuah flat Marine Terrace.


Warganet mengucapkan salam takziah kepada keluarga Teo.

Warganet mengucapkan salam takziah kepada keluarga Teo

Charmaine lee

Ada juga yang masih mengingati usaha keluarga dan kawan-kawan Teo 13 tahun lalu.

Ada juga yang masih mengingati usaha keluarga dan kawan-kawan Teo 13 tahun lalu.

Buat sementara ini, semuanya adalah spekulasi semata-mata.

Buat sementara ini, semuanya adalah spekulasi semata-mata.

Cadangan yang bernas.

Cadangan yang bernas

Betul juga katanya, kita tidak boleh menghukum yang didakwa selagi belum ada bukti yang kukuh.

Betul juga katanya, kita tidak boleh menghukum yang didakwa selagi belum ada bukti yang kukuh.

Ragil, yang dikatakan rakan Teo juga, dipercayai berada di luar negara. Berdasarkan lembaran pertuduhan, Ahmad dan Ragil dituduh membunuh Teo di flat di Blok 19 Marine Terrace antara pukul 1.39 pagi dan 7.20 pagi pada 30 Jun 2007.

Ahmad dan Ragil dituduh membunuh Teo

Ahmad ditahan di stesen polis Tanglin, dan akan kembali ke mahkamah pada Dis 24 Tiada butiran lanjut diberikan mengenai bagaimana pembunuhan yang dikatakan itu berlaku.


Teo telah dilaporkan hilang sejak 29 Jun 2007. Siasatan polis menentukan bahawa beliau dilihat kali terakhir di flat berkenaan.


Siasatan juga masih diteruskan dan polis sedang mencari mayat Teo. Jika disabit kesalahan, mereka boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, membawa hukuman mati di Singapura.


SEJARAH KES FELICIA TEO

Akhbar Today melaporkan pada Julai 2007 bahawa Teo telah pergi ke flat selepas parti di Kolej Seni Lasalle, di mana beliau mengambil diploma dalam “fine arts”.


Kedua-dua lelaki tersebut adalah yang terakhir melihatnya di flat dan mereka mendakwa bahawa Teo meninggalkan dalam keadaan bingit apabila mereka mengadu tentang “nada dering” telefon bimbitnya.

Teo  meninggalkan dalam keadaan bingit apabila mereka mengadu tentang “nada dering” telefon bimbitnya

Pihak polis mengatakan bahawa apabila mereka menemubual kedua-dua lelaki itu pada masa itu, pasangan itu menegaskan bahawa Teo meninggalkan unit tingkat 10 pada malam 30 Jun 2007 sendiri.

Teo meninggalkan unit tingkat 10 pada malam 30 Jun 2007 sendiri.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang ditemui dari majlis bandar menunjukkan Teo naik lif bersama dua lelaki itu ke flat berkenaan, namun kamera tidak menangkap pemergiannya.

namun kamera tidak menangkap pemergiannya.

Polis juga berkata dalam satu kenyataan bahawa mereka mencari flat itu dan meninjau rakaman CCTV berhampirannya, tetapi tiada apa yang mencurigakan ditemui.

cctv

Kehilangannya diklasifikasikan sebagai kes orang yang hilang kerana mereka tidak menemui sebarang bukti yang dapat mengaitkan kedua-dua lelaki itu. Namun keluarga Teo tidak berhenti usaha mereka untuk mencarinya selama 13 tahun ini.

missing person

SIASATAN LANJUT

Pihak polis memulakan siasatan terbaru pada bulan Julai. Tiada petunjuk baru timbul sehingga kes itu dirujuk kepada Jabatan Siasatan Jenayah (CID) , memandangkan ia tidak dapat diselesaikan untuk tempoh lanjutan.

Jay, any new leads

Pihak CID menemui bukti baru ketika memeriksa barangan yang dipercayai berada dalam milikan Teo ketika dia dilaporkan hilang. CID berjaya mengaitkan salah satu barangan itu kepada Ahmad dan menahannya.


Siasatan awal mendapati Teo meninggal dunia sebelum ibunya membuat laporan polis pada 3 Julai 2007, dan kedua-dua lelaki itu telah didakwa melupuskan mayat Teo.

oh, that's just nasty

Kehilangan Teo pada 2007 menggegarkan Singapura di mana hampir 200 orang dari kalangan keluarga dan rakan-rakannya mencarinya di seluruh negara. Mereka mengedar dan menyiarkan beribu risalah.

di seluruh negara. Mereka mengedar dan menyiarkan beribu risalah.

Kes Teo menjadi topik perbualan hangat warganet lagi pada beberapa minggu yang lepas apabila Crime Library memuat naikkan video di sebuah posting Facebook.


Luahan Wartawan: Sikit hari ni kes memang panas. Aku baca pun macam pelik je dengar cerita dia.

that's kind of weird

Ramai yang syak Felicia kena culik dan dijual di luar negeri. Namun ada juga yang mengatakan mungkin dia kena bunuh dan badan dia dah ditanam.

do you think he's dead

Bulu roma aku berdiri fikirkan kalau betul-betul dia kena tanam dekat mana-mana hutan. Mana tau kalau rohnya tak tenteram, tu pasal dapat jumpa bukti yang baru.

from beyond the grave

Help from beyond the grave. Now that is an interesting concept. Wallahualam. Biar polis jalankan tugas mereka.Salam takziah kepada keluarganya. Finally dorang ada closure.



Podcast Plan B minggu ini!



Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page