Lelaki 68 tahun, Dibiarkan Berlumuran Darah Setelah Dilanggar Penunggang Basikal
Lelaki tua, 68 tahun, dibiarkan berlumuran darah setelah dilanggar penunggang basikal.
Seorang lelaki tua telah dilanggar oleh penunggang basikal di Jurong. Penunggang basikal itu didakwa sedang menggunakan telefon bimbitnya pada saat kemalangan itu berlaku.
Kejadian tersebut berlaku pada Rabu, 16 Jun, sekitar 9.30 malam di sepanjang Jalan Yuan Ching di Jurong.
Kemalangan tersebut mendapat perhatian ramai apabila luahan anak lelaki tua itu ditularkan di akaun facebook ROADS.sg yang telah mendapat lebih dari 1.4 ribu likes, 400 komen dan 870 shares.
Sumber: Facebook, ROADS.sg
Menurut post tersebut, lelaki tua yang berusia 68 tahun itu sedang berjalan ke gerainya membawa dua bag besar mengangdungi cili sos. Dalam perjalananya itu, seorang wanita yang sedang menunggang basikal dengan laju telah melanggarnya dari belakang.
Lelaki tua ini kemudian jatuh dan tidak sedar buat seketika. Apabila beliau sedar semula, beliau mendapati darah yang banyak dipercayai dari kecederaan di kepalanya.
Seorang saksi telah memberitahu kepada anak lelaki tua ini bahawa beliau menyaksikan si penunggang basikal itu menggunakan telefon bimbitnya sewaktu kemalangan tersebut terjadi.
REAKSI WARGANET
Ruang komen dibanjiri dengan kemarahan orang ramai terhadap penunggang basikal yang cuai dan lalai akan keselamatan pejalan raya.
Sumber: Facebook, ROADS.sg
Luahan itu juga mendesak bahawa penunggang basikal untuk menggunakan lampu keselamatan dan mengurangkan kelajuan apabila sedang menunggang di jalan yang dikongsi bersama pejalan kaki. Penunggang basikal juga diharap peka dengan sekitaran beliau, dan memahami bahawa orang tua memerlukan lebih banyak masa untuk bergerak dan bertindak.
Luahan Wartawan: Wow, kesian uncle tu. Kesian sangat.
Please be more gracious people, especially road users. Selalu ingat pepatah Melayu, biar lambat asal selamat. Hoping for a speedy recovery for the uncle! And hoping to hear lesser of this news again.
Podcast Plan B minggu ini!
Comments