top of page
Writer's pictureBelalang Biru

Lebih 1000 Komen, Muka Mirip Selebriti


Muka Mirip Selebriti

Baru-baru ini di laman Facebook page Dzar Ismail, beliau telah memuatnaikkan sebuah status untuk netizens berkongsi tentang kemiripan mereka kepada satu selebriti.


Terdapat banyak perkongsian yang sangat melucukan.


Namun, ini adalah 5 yang amat serupa dengan selebriti yang dipilih oleh mereka.


NOMBOR 5

Sarmadi Ellyna

Sumber: Facebook


Netizen yang pertama untuk masuk gelanggang ini adalah Sarmadi Ellyna. Dia menyerupai pelakon Malaysia terkenal, Shaheizy Sam katanya.

Shaheizy Sam

Sumber: Facebook dan Instagram


Ciri yang ketara di antara mereka adalah janggut pendek mereka yang tumbuh di bahagian yang sama di muka masing-masing.


Bentuk hidung dan mata mereka juga agak serupa.


Cuma bentuk mulut dan kebulatan muka Sarmadi akibat rahangnya yang tidak setajam Sam, menjadi perbezaannya.


Oleh kerana itu, wartawan memberikan markah 60% untuk percubaannya.


NOMBOR 4

Muhammad Ikhsan Siregar

Sumber: Facebook


Netizen yang kedua ialah Muhammad Ikhsan Siregar. Dia mengaitkan raut wajahnya dengan Zizan Razak yang pernah belakon bersama dengan Shaheizy Sam di dalam filem, Polis Evo.

Zizan Razak

Sumber: Facebook dan Instagram


Zizan terkenal untuk hidungnya yang besar dan mancung, seperti Zlatan Ibrahimovic.

Zlatan Ibrahimovic

Hidungnya memang wartawan tengok, hampir sama. Begitu juga dengan bulatnya muka, bentuk mulut serta bentuk mata. Sama.


Tapi sayang sekali, Ikhsan tak tumbuh janggut seperti Zizan. Oleh kerana itu, wartawan memberikan markah 70%.


NOMBOR 3

Haliva Stanga

Sumber: Facebook


Netizen seterusnya adalah Haliva Stanga. Dia memilih Shah Iskandar.

Shah Iskandar

Sumber: Facebook dan Instagram


Mereka berdua mempunyai muka yang eksotik. Sekilas pandang, bentuk hidung, mulut, telinga sehinggalah ke gaya rambut, semuanya sama.


Bezanya, cuma kepada bentuk mata. Mata Shah agak lebih tajam.

Markah Haliva, 80%!


NOMBOR 2

Dya Salim

Sumber: Facebook


Beralih ke kaum hawa pula, percubaan Dya Salim untuk meraih tempat pertama dengan memadankan influencer pilihannya, King Coco.

King Coco

Sumber: Facebook dan Instagram


Hampir tiada perbezaan di antara mereka. Bentuk mata, hidung, mulut dan solekan King Coco itu seperti “photocopy” muka Dya.


Perbezaannya, bentuk dagu Dya lebih panjang sedikit berbanding King Coco. Peratusan kemiripan, wartawan letak 90%.


NOMBOR 1

Tini Je

Sumber: Facebook


Di tempat pertama ialah Tini Je yang mengatakan bahawa beliau serupa dengan Atty Malek, seorang pelakon tempatan.

Atty Malek

Sumber: Facebook dan Instagram


Memang tidak dinafikan, pada pandangan pertama, raut wajah mereka, seperti adik-beradik.


Rahang yang tajam, bentuk hidung, mata, mulut berserta kepanjangan rambut mereka yang sama membuat Tini Je dan Atty Malek seperti klon masing-masing.


Tanpa ragu lagi, beliaulah juara dalam segmen ini! 99% sama!


Luahan wartawan: Ok, wartawan pula serupa dengan Cristiano Ronaldo… Chey taklah, macam batu bata adalah.


This was funny and interesting because some netizens were either trolling or they are just downright doppelgangers of the celebrities.


Cool s*** sia…

wartawan pula serupa dengan Cristiano Ronaldo

Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page