top of page
Writer's pictureLintah Darah

Layanan Buruk Prasekolah Terhadap Anak Autism Undang Amarah Ibu


Layanan Buruk Prasekolah

Source: Facebook, Zvra Rzl

Zvra Rzl is

Dalam sebuah kiriman facebook, seorang ibu bernama Zvra Rzl (nama Facebook) melahirkan keberangan terhadap cara layanan yang diberikan oleh sebuah prasekolah. Guru-guru dari prasekolah tersebut dikatakan telah mengasingkan anak Puan Zvra Rzl di sebuah sudut. Anaknya juga telah dikepung dengan beberapa buah meja dan kerusi. Salah seorang guru menjelaskan bahawa ini disebabkan Anak Puan Zvra Rzl kerap berlari sana sini. Oleh kerana kekurangan kakitangan, mereka hanya dapat memantau Anak Puan Zvra Rzl dengan cara sedemikian.


Selain itu, kemarahan Puan Zvra Rzl semakin meruap apabila guru utama prasekolah itu menampilkan sikap yang tidak prihatin dan tidak profesional. Guru itu dengan sesuka hatinya berpendapat bahawa anak Puan Zvra Rzl menghidapi Autism. Beliau menyarankan agar anak Puan Zvra Rzl segera dipindahkan ke sekolah khas.

Puan Zvra Rzl menghidapi Autism
asked the teacher

Anak Puan Zvra Rzl, Auris yang telah dipinggirkan di satu sudut. Dia juga dikepungi beberapa buah kerusi dan meja. Dia kelihatan terpisah daripada rakan-rakan sekelasnya.

Anak Puan Zvra Rzl

Sumber: Facebook, Zvra Rzl

Anak Puan Zvra Rzl more

Sumber: Facebook, Zvra Rzl

Puan Zvra Rzl menyuarakan bahawa tenaga pengajar di sekolah tidak berhak untuk melayani anaknya dengan cara sebegini waima anaknya itu autistik ataupun tidak.


Beliau turut menjelaskan bahawa anaknya menangis dengan serta merta dan cuba untuk memanjat ke atas meja apabila disapa.


Tergamam lalu membisu seribu bahasa wanita yang bergelar ibu itu lantaran melihat keadaan sedemikian dengan mata kepalanya sendiri.


Berikut adalah tukilan perbualan antara Puan Zvra Rzl dan guru bertugas yang dipaparkan dalam ruangan Facebook Zvra Rzl.


Ibu: “hi, adakah semuanya ok dengan Auris?”


Guru: “ya, dia okay cuma masih dalam dunianya sendiri”


Ibu: “ok baik, tapi kenapa dia dipinggirkan di satu sudut dan dikepungi meja dan kerusi”


Guru: “oh, ini disebabkan kami kekurangan guru hari ini dan Auris kerap berlari sana sini. Jadi, kami harus meletakkannya di sini. Tiada siapa yang boleh mengawasinya.”


Ibu: “apakah selalu seperti ini ? Meletakkannya sebegini ?”


Guru: “oh tidak, hanya untuk hari ini”


“Oh wow hanya untuk hari ini ? Bagaimana jika “Hari Ini” anak aku akan terpatah tulang. Adakah kau akan bertanggungjawab kepada saya dan suami ? Barangkali tidak! Mungkin kau akan berbohong dan tidak menjelaskan yang benar”


Luahan sang ibu itu di ruangan Facebooknya dengan kemarahan yang menyelinap di hati.


Dalam kirimannya, beliau menjelaskan bahawa beliau akan mengambil tindakan untuk melaporkan perkara ini kepada ECDA (Agensi Pembangunan Awal Kanak-kanak).

Agensi Pembangunan Awal Kanak-kanak

Sumber: Facebook, Zvra Rzl

Puan Zvra Rzl menyuarakan bahawa ini bukan kali pertama cara layanan tersebut berlaku.


Mulut dan lidah anak perempuannya itu pernah berlumuran dengan darah. Apabila ditanya tentang apa yang berlaku, seorang guru dengan sewenang-wenangnya berkata “saya tidak pasti, mungkin dia berlari dan terjatuh”


Puan Zvra Rzl pernah bertanya kepada guru yang bertugas mengenai apa yang dilakukan oleh anaknya. Dengan selamba guru itu menjawab “dia akan bermain bersendirian di tepi dan kami hanya akan uruskannya apabila dia perlu tukar lampin, berasa lapar atau memerlukan sesuatu.”


“Adakah ini cara penjelasan yang diberikan kepada ibu bapa? Bukankah kau seharusnya menggalakkannya untuk bercampur dan bermesra bersama rakan-rakan sekelas yang lain?”


Rintihan hati seorang ibu yang kesal dengan kejengkelan yang berlaku terhadap anaknya di dalam kelas.


Di ruangan komen kiriman Facebook Puan Zvra Rzl, rata-rata pengikutnya ibarat sebulat suara menghentam guru yang terlibat. Mereka menyeru agar hal ini dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Di ruangan komen kiriman Facebook Puan Zvra Rzl

Sumber: Facebook, Zvra Rzl

Warga netizen mengecam keras tindakan guru tersebut. Mereka mencemuh guru itu sebagai “biadap”, “kurang ajar” dan “bodoh”.

Warga netizen mengecam

Sumber: Facebook, Zvra Rzl

Pendapat Wartawan: Sebagai seorang bekas guru pendidikan awal kanak-kanak, saya berpendapat bahawa tindakan dan layanan guru-guru di sekolah tersebut amat tidak wajar. Seorang guru tidak boleh sewenang-wenangnya mengisytiharkan seorang pelajar mengalami sebarang ketidakupayaan pembelajaran seperti Autisme tanpa sebarang pengesahan seorang pakar. Apatah lagi membuat keputusan untuk bertindak sesuka hati dan mengasingkan pelajar itu. Ini melanggar etika dan bertentangan dengan asas pengendalian kelas yang seharusnya bersifat inklusif dan bersesuaian dengan setiap pelajar yang berbeza.


Saya tidak menafikan kesukaran mengurus pelajar-pelajar yang berbeza ragam. Sementelahan dengan kurangnya tenaga pengajar dalam sebuah kelas. Ini memerlukan kesabaran dan daya ketahanan yang tinggi untuk memastikan setiap pelajar disajikan dengan peluang pembelajaran yang memadai. Kesejahteraan mereka juga perlu dititikberatkan. Namun, itulah lumrah dunia pekerjaan sebagai guru pendidikan awal kanak-kanak. Kanak-kanak merupakan masa depan kita. Pimpinlah tangan mereka dengan baik agar mereka belajar melangkah di dunia ini. Wahai guru-guru pendidikan awal kanak-kanak, kalianlah pemacu kejayaan anak-anak ini.


Listen to Plan B’s Podcast this week!

Follow Plan B’s Social Media: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify | Youtube


Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page