Lautan Api Sanggup Kau Renang? Budak NS Nih Curi Ambulans Demi Matair. Brutal.
Sumber: Google
Bayangkan sebuah ambulans melintas laju dihadapan anda dengan lampu kecemasannya berkedipan. Sudah tentu perkara pertama yang terlintas dalam minda sesiapa yang ternampak ambulans tersebut adalah ia sedang bergegas ke lokasi kecemasan.
Tetapi, bagaimana pula jika pemandu ambulans itu bukanlah pemandu sebenarnya tetapi orang luar yang telah mencuri ambulans itu daripada balai bomba? Sekali imbas, ia ibarat satu senario dalam permainan video ‘Grand Theft Auto’. Namun begitu ini adalah satu kejadian yang benar-benar berlaku pada 12hb Mac 2020.
Sumber: Straits Times
Haziq Syamim Esa, seorang yang sedang menjalani perkhidmatan negara sepenuh masa Bersama dengan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) telah mengaku bersalah atas dakwaan mencuri dan juga satu tuduhan menyebabkan kecederaan kepada orang lain dengan melakukan tindakan cuai.
Berdasarkan bukti dokumentasi yang diberikan kepada mahkamah, Haziq pergi ke Balai Bomba Sengkang pada waktu 3 pagi, 12hb Mac 2020. Ketika itu, dia sedang memakai baju kemeja-T ‘Emergency Medical Services’’(EMS) dan berseluar panjang hitam.
Pengawal yang berada di tempat masuk balai bomba itu memberikan dia laluan untuk memasuk setelah mengenal pastinya sebagai pegawai EMS yang tidak bertugas ketika itu.
Setelah memasuki balai bomba itu, Haziq ternampak sebuah ambulans yang enjinnya sedang berjalan dan kuncinya tinggal di pencucuhan.
Sumber: Google Street View
Haziq terus menaiki ambulans itu dan memandu kenderaan itu keluar daripada balai bomba itu tanpa pengetahuan sesiapa. Beliau kemudian memandu ambulans itu ke satu kondominium berdekatan untuk bertemu temanitanya.
Sejurus sampai ke destinasi, Haziq membuka lampu kecemasan ambulans itu untuk memperdayakan pengawal keselamatan kondominium supaya membuka penghalang dan memberikannya laluan masuk.
Beliau kemudian memandu ambulans itu ke tempat meletak kereta di bawah kondominium. Di situ, Haziq kemudiannya ditahan oleh bomba-bomba dari Balai Bomba Sengkang yang sedang mencari ambulans yang dicurinya itu.
Tuduhan menyebabkan kecederaan kepada orang lain dengan melakukan tindakan cuai yang dikenakan keatas Haziq terjadi pada 2hb Mei 2020. Kejadian itu terjadi apabila beliau berada di Giant Hypermarket di Tampines. Ketika itu, beliau sedang memandu sebuah kereta sewa Toyota Prius dan telah terlibat dalam satu pertikaman lidah antara beliau dan seorang pemandu teksi.
Selepas itu, ketika Haziq ingin memandu pergi, pemandu teksi itu menghalangnya dihadapan kereta sambil menelefon polis. Beliau meleret ke kanan dan terlanggar pinggang kanan pemandu teksi itu lalu menyebabkannya terjatuh dan mengalami kecederaan pada sikunya. Haziq kemudian terus memandu tanpa memberi apa-apa bantuan sekalipun.
Ketika di mahkamah beliau disarankan menjalani ‘Mandatory Treatment Order’(MTO) sebagai hukuman terhadap Haziq. Pesalah yang dikenakan MTO harus menjalani rawatan untuk mengatasi keadaan mental mereka, sebagai pengganti hukuman penjara.
Hukuman akan dijatuhkan pada 11hb Disember 2020.
Luahan Wartawan: While one can easily take this as a misdemeanor to joyride on an ambulance to achieve the adrenaline thrill of enacting a stunt more prevalent in GTA games than in real life, I think it goes deeper than that. It appears to me that Haziq has serious mental health issues that needs to be addressed and hopefully he gets the help that he sorely need.
#NS #Ambulans
Comments