top of page
Writer's pictureLintah Darah

Lauk Masakan Wanita Ini Dibuang Oleh Mertua, Luahan Di TikTok Mendapat Simpati


Lauk Masakan Wanita Ini Dibuang Oleh Mertua

Seorang wanita dikenali sebagai Nana memuat naikkan video luahan hatinya sambil menangis di TikTok.


Menurut Nana, ibu mertuanya telah membuang lauk sayur yang di masaknya di belakang rumah. Nana ternampak kuali kosong dalam singki selepas mengambil wuduk. Beliau menyangkakan lauk sudah habis namun berlaku sebaliknya apabila terjumpa sisa hidangan tersebut di belakang rumah.

Menurut Nana, ibu mertuanya telah membuang lauk sayur yang di masaknya di belakang rumah

“Selesai wuduk, aku nampak kuali ada di tempat cucian. Bila buka, kosong. Lepas tengok di belakang, sayur telah dibuang padahal masih banyak lagi,” luahnya.


Nana merasa sedih terhadap perbuatan ibu mertuanya yang dianggapkan sebagai pembaziran. Menurut Nana lagi, jika ibu mertuanya tiada selera ataupun tidak mahu menjamah air tangannya, beliau sendiri boleh menghabiskan hidangan tersebut.

Nana merasa sedih

Rata-rata warganet bersimpati dengan nasib Nana dan menyuruh beliau bersabar dengan perangai orang tua itu.

Rata-rata warganet bersimpati dengan nasib Nana dan menyuruh beliau bersabar dengan perangai orang tua itu.

Ada juga diantara mereka yang mengatakan ibu mertua Nana tidak sepatutnya berbuat demikian.

Ada juga diantara mereka yang mengatakan ibu mertua Nana tidak sepatutnya berbuat demikian.

Bersabarlah Nana, ini lumrah kehidupan. Moga-moga Allah melembutkan hati ibu mertua untuk menerima dan menyayangi Nana.


Luahan Wartawan: Aku tak faham orang yang sanggup membazirkan makanan tanpa bersebab.

Aku tak faham orang yang sanggup membazirkan makanan tanpa bersebab.

Kalau ye pun kau tak suka menantu kau tu, ke merajuk dengan dia, janganlah sampai begitu sekali. Penat-penat dia masak, kau buang. Rezeki tu datang daripada Allah.

Al baqarah ayat 212

Senang cakap memang suami isteri patut pindah lepas kahwin tapi kesusahan dorang, dorang je tau. Selagi bawah satu bumbung dengan mertua, tabah la ye.

stay strong you got this

Allah melihat semuanya, moga-moga Dia memberi kau kekuatan untuk mengharungi cabaran hidup.


Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify


RECOMMENDED NEWS

RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page