top of page
Writer's pictureChap Chai

Laman FB ‘Suami Masak Apa Hari Ini’ Tular


Suami Masak Apa Hari Ini

Berikutan kegagalan kaum hawa di dapur, golongan jejaka Malaysia telah membuka laman Facebook sendiri yang dinamakan ‘Suami Masak Apa Hari Ini?’.


Seperti laman ‘Masak Apa Hari Ni Official’, saluran baharu ini juga mengongsi gambar hidangan yang dimasak.


Tapi lainnya, makanan yang dimasak kaum lelaki nampak jauh lebih elok daripada apa yang dimasak para wanita.


TUDUNG MEMBAWA BERKAT

TUDUNG MEMBAWA BERKAT

Berkat menyarung tudung isterinya, Adli Zil-Ikram Zulkifli berjaya memasak udang petai dan ayam lemak cili padi untuk berbuka puasa.


ELITIST MASAK GUNA DUA KUALI

ELITIST MASAK GUNA DUA KUALI

Anda tidak sehebat Khairolnizam Hassan jika anda tidak boleh kacau dua jenis lauk dalam satu masa.


ABANG ASKAR MASAK SHELLOUT

ABANG ASKAR MASAK SHELLOUT

“Lelaki buat kerja buka baju memang sedap hasilnya…kikiki,” kata Alaizz Hunter.


Wartawan tidak menyangkal kenyataan itu kerana shellout Abang Askar ini nampak mengancam sekali.


ABANG TAK SADO MASAK UNTUK ISTERI

ABANG TAK SADO MASAK UNTUK ISTERI

Tersipu malu sambil mengacau laksa buat isterinya.


Tidak mengapa, En Khairozi. Biar tak sado, janji penyayang.


MAN KULIM BUAT KEK

MAN KULIM BUAT KEK

Sekali pandang, Man Kulim nampak seperti Fred Flintstones.

Fred Flintstones

Bezanya, Fred Flintstones tak tahu bakar kek pisang seperti Man Kulim.


Namun janggalnya, laman ini cuma membenarkan akses kepada para suami atau bakal suami sahaja.


Wartawan, seorang Srikandi Terakhir, telah cuba untuk menembus laman itu, tetapi gagal.

Wartawan, seorang Srikandi Terakhir, telah cuba untuk menembus laman itu, tetapi gagal.

Wartawan declare dirinya sebagai seorang suami. Tapi rasanya admin page ini tak bodoh 🙁 PS. Wartawan menerima lingkaran-lingkaran daripada bakal shubennya.


Lebih mencurigakan, Shah Affendi, peserta laman ini, mengingatkan pentadbir untuk jangan terima join request kaum perempuan.

Shah Affendi

Kenapa mereka begitu secretive? Adakah saluran ini sebenarnya ditubuhkan untuk mengongsi gambar janda sedang memasak atau video Tik Tok? Omg…


Join komuniti Plan B di Telegram dan Instagram

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page