top of page
Writer's pictureLintah Darah

Lagu Ini Akan Buat Korang Rindu Zaman Fire, Sparks


Rindu Zaman Fire

Sumber: Danish Naufal

Dek terburu-buru mengejar cinta, seorang pemuda pada akhirnya terperangkap dalam kesengsaraan apabila hubungannya dengan kekasih lama bertemu titik noktah.


Menganggap dirinya sebagai rebound kepada seorang wanita, penyanyi setempat YRFN (disebut Irfan) terpaksa membawa haluan sendiri setelah wanita berkenaan tidak boleh melupakan hubungan lamanya.


CINTA BERTEPUK SEBELAH TANGAN


Membuka pekung dadanya, YRFN berkongsi kejadian ini berlaku beberapa bulan lalu setelah mendapati kenalannya ini masih memikirkan bekas teman lelakinya.


Berasa seperti the losing party, mereka bersetuju untuk berpisah meskipun pada waktu itu, YRFN berkata dia benar-benar sukakan wanita tersebut dan mahukan hubungan ‘lebih daripada kawan’.

Danish Naufal

Walau hancur hatinya  —  tidak seperti anak muda lain yang gemar meroyan di media sosial tentang kisah break up mereka atau men-lanjiaowei tentang bekas kekasih — jejaka 21 tahun memilih untuk mengubah pengalaman peritnya kepada pengajaran hidup.


FASA ‘MOVE ON’


Menerusi karya ‘Tek It Slo’, anggota perkhidmatan sepenuh masa dalam Angkatan Bersenjata Singapura ini berkongsi, lagu tersebut melakarkan keindahan ‘proses bercinta’.


Memberi perincian tentang inti pati lagu ini, YRFN berkata:


“Saya akur, lagu ini ditulis berdasarkan pengalaman saya ketika berkenalan dengan dia. Sayangnya, hubungan itu tidak berkekalan seperti yang saya mahukan.

Saya akur

“Kegagalan hubungan lalu disebabkan tabiat buruk saya iaitu, suka terburu-buru untuk mengecapi sesuatu. Dan saya sudah penat dengan perangai sendiri.


“Justeru, lagu ini dihasilkan bagi mengingatkan diri saya untuk jangan tergopoh-gapah dalam menjalinkan hubungan dengan seseorang, mahupun semasa melakukan apa jua dalam kehidupan.”


Bernaung di bawah Allure Records, single ‘Tek It Slo’ turut memaparkan bakat tempatan baharu, Khally, 19 tahun.

single ‘Tek It Slo’ turut memaparkan bakat tempatan baharu, Khally, 19 tahun.

Sebagai peminat karya-karya YRFN sendiri, penuntut aliran bisnes dari Politeknik Temasek ini berkata, dia dengan besar hati menerima tawaran untuk berkolaborasi bersama YRFN.


“Sejurus menerima draf daripada YRFN dan penerbit lagu kami, Dan, saya dapat merasakan vibe.


“Tanpa melengahkan masa, saya terus bersetuju untuk bekerjasama.”


Dikeluarkan pada 7 Ogos, ‘Tek It Slo’ boleh didengari dan dimuat turun menerusi lingkaran-lingkaran yang tertera:


“Makan beberapa bulan sebelum lagu ini siap dikarang,” luah YRFN yang sebelum ini, telah mengeluarkan 11 lagu ciptaan sendiri.


“Berat bagi saya untuk hadam segala apa yang terjadi dan teruskan kehidupan tanpa kekesalan. Tapi pada masa yang sama, pembikinan lagu ini telah membantu saya untuk betul-betul renung kembali perasaan saya sewaktu diperlakukan sebegitu.”


Kini, YRFN sudah pun menemu teman pengganti dan dia literally sedang take it slow agar dapat menikmati bibit-bibit manis yang tidak dapat dia rasakan satu ketika dahulu.


“Saya bahagia dengannya. Dia amazing.”

Saya bahagia dengannya. Dia amazing

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Commenti


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page