top of page
Writer's pictureChap Chai

Lagu Dedikasi George Floyd Dihasilkan Rapper Singapura, Mendapat 70,000 Tontonan


Lagu Dedikasi George Floyd Dihasilkan Rapper Singapura

Lagu ‘Rest In Power George Floyd’ oleh rapper-rapper setempat, Abang Sapau dan Tengy Boy, mendapat sambutan hangat di Instagram.


Sejak ia dimuat naik minggu lepas, lagu yang didedikasikan buat mendiang Floyd itu menjana hampir 70,000 tontonan.


Bahkan, lagu ini bukan sahaja didengari di Singapura malah, ia telah berjaya menarik perhatian kaum Black Americans, yang boleh mengait rapat dengan seni kata lagu tersebut.

TAK RANCANG UNTUK KELUARKAN LAGU BARU

TAK RANCANG UNTUK KELUARKAN LAGU BARU


“Saya tak sangka lagu ini mempunyai daya tarikan yang tinggi.


“Sebenarnya, saya tak rancang pun untuk terbitkan apa-apa.


“Cuma bila saya dengar tentang kematian mendiang Floyd, saya tergerak untuk meluahkan perasaan saya di Instagram,” ujar Abang Sapau, 21 tahun, yang giat menulis freestyle berkenaan ketidakadilan dan kehidupan kaum kulit hitam.

Luahan Abang Sapau

Luahan Abang Sapau. (Sumber: @abangsapau)


KOLABORASI BERSAMA TENGY BOY


Lantaran perkongsiannya pada 29 Mei, rakan seninya Tengy Boy, bercadang untuk berkolaborasi bersamanya bagi melagukan pos tersebut.

Tengy Boy

Tengy Boy. (Sumber: Instagram, @tengyboy )


Dengan tambahan korus dan bahagian verse Tengy Boy, lagu itu diterbitkan di Instagram Abang Sapau (@abangsapau) pada 31 Mei.


SOKONGAN BUAT AMERIKA SYARIKAT


“Meskipun saya jauh dari Amerika Syarikat (AS), saya tetap memberi sokongan kepada mereka.

Protest

“Dalam setiap apa yang ditulis, saya menitikberatkan kekurangan dalam negara itu,” kata Abang Sapau, yang meluangkan lapan jam untuk menulis verse yang berdurasi seminit.


Menumpukan pada sistem AS dan komuniti serta individu secara umumnya, Abang Sapau berkongsi bagaimana lagunya menghuraikan aspek-aspek berikut.


Bagi skala sistem, dia menyoal mengapa pemerintahan di AS masih tidak berubah sejak berpuluh tahun lamanya.

The Business of American Injustice

Sumber: The Business of American Injustice


Sebagai komuniti pula, Abang Sapau menyatakan bagaimana orang ramai boleh mengingati mendiang Floyd.

Sebagai komuniti pula, Abang Sapau menyatakan bagaimana orang ramai boleh mengingati mendiang Floyd.

Sumber: Newburyport News


Dan dek terasa ‘terhutang budi’ kepada black arts, Abang Sapau menceritakan bagaimana dia, sebagai individu, telah ‘membayar budi’ kepada seni itu.

Widewalls

Sumber: Widewalls


“Seni ini telah memberikan saya ‘suara’ untuk menceburi muzik. Kalau saya tidak gunakan ‘suara’ ini untuk pertahankan orang kulit hitam, sia-sia sahaja.”


Dengarkan ‘Rest In Power George Floydi di sini:


Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

RECOMMENDED NEWS

RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page