Lagenda Bolasepak Diego Maradona Meninggal Dunia
Lagenda bola speak Argentina Diego Maradona baru sahaja meninggal dunia pada usia 60 tahun kerana serangan jantung. Beliau mengalami darah beku di bahagian otak dan baru sahaja menjalani pembedahan.
Sumber: Google Images
Beliau dimasukkan ke hospital pada 3 November, 3 hari selepas ulang tahunnya pada 30 Oktober kerana mengalami kesulitan berjalan. Pembedahan dijalankan setelah doktor mendapati bahawa kesulitan berjalan itu disebabkan darah beku di otak. Diego Maradona menghembuskan nafas terakhir di rumahnya pada malam 25 November.
Sumber: Google Images
Diego Maradona merupakan pemain utama yang membawa Argentina menjulang Piala Dunia 1986. Di sini juga Maradona menjaringkan gol ‘Hand of God’ nya ketika Argentina berlawan England di peringkat suku akhir. Gol itu dijaringkan Maradona menggunakan tangan kirinya yang menumbuk bola masuk ke dalam gol dan menyebabkan Argentina mara ke pusingan separuh akhir.
Sumber: Google Images
Selain dari pasukan nasional Argentina, Diego Maradona juga menempah nama di Italy bersama pasukan Napoli dan di Sepanyol bersama Barcelona dan Sevilla.
Sumber: Google Images
Khabar sedih ini telah menggegarkan arena bola sepak sedunia.
Sumber: twitter.com, @adkharemumbai
Luahan Wartawan: Bila first ternampak this news, I thought it was one of those fake news that people like to share without checking authenticity. It wasn’t until lagi banyak news outlet break the story as well. I’m utterly speechless at this loss of one of the world’s best footballer.
Walaupun you’re not an Argentina or Barcelona fan pun, you cannot help to admit that Maradona is one of the most talented footballers ever. In fact, dalam dunia right now, perhaps only Lionel Messi comes close to Maradona’s dribbling. Rest in Peace, Diego and thank you for the memories.
Podcast Plan B minggu ini!