Kurangkan 5 Hari Kepada 4 Hari Di Tempat Kerja, Usulan AP Mohamed Irshad
Sumber: SMU Office of Alumni Relations & Vulcan Post
Semasa rundingan Belanjawan Kecekalan dijalankan 5 Jun lalu di Parlimen, Anggota Parlimen (AP) Mohamed Irshad menyuarakan untuk mengurangkan waktu yang diluangkan di tempat kerja — dari lima kepada empat hari — bagi mempertingkatkan keseimbangan budaya kerja.
“Saya usulkan untuk beralih daripada bekerja lima hari seminggu kepada empat hari seminggu dengan pilihan untuk bekerja dari rumah pada hari ke-lima, dan waktu bekerja yang fleksibel,” kata Encik Irshad.
Beliau menekankan bahawa rakyat Singapura tidak seharusnya kembali kepada rutin bekerja mereka seperti sewaktu pra-pandemik kerana ia boleh menimbulkan rintangan bagi ramai pekerja yang mungkin tidak dapat menyesuaikan diri dalam jangka masa yang singkat.
Tambahnya, rakyat setempat juga sudah selesa dengan rutin bekerja dari rumah semenjak mulanya penularan virus ini.
Menukil kajian Microsoft, Encik Irshad turut berkata kadar produktiviti di kalangan pekerja Microsoft Jepun meningkat sebanyak 40 peratus setelah syarikat tersebut menerapkan rutin bekerja empat kali seminggu.
Jadi, patutkah pemerintah pertimbangkan cadangan ini?
Luahan wartawan: Aku okay jer. Sebelum CB pun dah start work from home :’) Sampai dah tak boleh differentiate katil aku tempat untuk tidur ke buat kerja uhuk.
Tapi aku rasa kerja kat office lagi healthy tau. So orang boleh segregate their time wisely macam work is work, and after work is me time. WFH can be quite exhausting sebab there’s ‘no end’ to working.
But then again, WFH means you have the liberty of doing work while watching TV, makan, tak payah keluarkan duit tambang, mandi segala. Pilihan masing-masing lah.
Comments