Kura-Kura Diselamatkan Penghantar Makanan Deliveroo, Hampir Digilis Kenderaan
Nyawa seekor kura-kura hampir tergadai tatkala meneroka jalan susur Lebuhraya Tengah (CTE), yang sesak dengan kenderaan.
Dalam kejadian menggerunkan ini, kura-kura tersebut dilihat hampir dilenyek lebih enam kali oleh kenderaan-kenderaan yang menggunakan lebuhraya CTE petang semalam (26 Julai).
Mujur, kura-kura tersebut diselamatkan oleh seorang penghantar makanan Deliveroo yang telah menghentikan motosikalnya di tengah-tengah jalan susur, lalu mengangkat dan meletakkan kura-kura tersebut dalam semak-samun yang terdapat di sisi lebuhraya berkenaan.
Sumber: Facebook, Silas Silas
REAKSI WARGANET
Lazimnya, ruangan komen bagi video sebegini akan dibanjiri dengan komen-komen positif daripada warganet.
Namun insiden ini, yang dikongsi oleh pengguna Silas Silas dalam kumpulan Singapore Wildlife Sightings, sebaliknya meraih banyak kutukan.
Warganet rata-rata bengang dengan Silas Silas, yang tidak mempunyai inisiatif untuk menyelamatkan kura-kura berkenaan.
Hanya segelintir sahaja yang mengeluarkan komen-komen positif dengan memuji perbuatan penghantar makanan Deliveroo terbabit.
Berdasarkan video, Silas Silas dilihat menuju ke arah jambatan bersebelahan susur jalan CTE.
Sumber: Mothership
Asal usul kura-kura tersebut tidak diketahui.
Luahan Wartawan: Alahai ape sajer terrapin ni :’) Kesian pulak aku tengok di lost kat expressway. Nak nangis aku…Nasib baiklah rider tu perasan. Kalau tak dah arwah agaknya…
At the same time, aku pun kesian jugak tengok orang kutuk Silas Silas. Ala chill lah. Kau expect dia to run down to the slip road and expose herself to ongoing vehicles? I mean, would you do that? Kau pun akan fikir 2 3 kali
Podcast Plan B minggu ini!
Comments