Kuih Muih Rosak, Syarikat Elak Bayar Ganti Rugi
Semalam (14 Mei) penyanyi tanah air Sufie Rashid menularkan sikap tidak profesional syarikat kuih tempatan, Malay Kueh, di Facebook setelah mereka mengelak membayar kos ganti rugi kepada Sufie.
Seperti sedia maklum, Sufie dan isterinya, Nurulain Md Yusof, menjual kuih-muih kepada pelanggan di Malaysia dan Singapura untuk meraih pendapatan sampingan.
Sumber: Instagram, @krispykruncheee
Ain dan Sufie bersama cemilan.
Dan seperti peniaga-peniaga lain, musim perayaan merupakan tempoh menguntungkan buat pasangan ini.
Akan tetapi, tidak seperti tahun-tahun lalu, perniagaan Sufie dan Ain tahun ini tidak berjalan lancar.
GUNAKAN KHIDMAT PENGHANTARAN MALAY KUEH
Sejak tiga tahun lepas, pesanan pelanggan Singapura dihantar oleh kenalan Sufie.
Namun, kerana terlalu sibuk tahun ini, kenalannya itu tidak dapat bekerja untuk Sufie.
Dengan sekatan Koswe, Sufie, yang menetap di Kuala Lumpur, juga tidak boleh menghantar kuih yang ditempah penduduk Singapura.
Oleh itu, Sufie, 29 tahun, menggunakan khidmat penghantaran Malaysia ke Singapura Malay Kueh, bagi menghantar 15 kotak kuih minggu lalu.
TAK ANGKAT PANGGILAN, TAK BALAS MESEJ
Menerusi perjanjian lisan, wakil Malay Kueh, Kak K, berjanji untuk menghantar barangan Sufie, yang merangkumi kuih tat, kuih makmur dan Krispy Krunchee pada malam hari.
Justeru, Sufie mengerah salah seorang rakannya yang menetap di Singapura untuk
menantikan kedatangan kuih-kuih tersebut, yang dijangka akan tiba pada dini hari.
Namun, barang-barang cuma tiba pada 4 petang.
Tambah Sufie, pihak Malay Kueh tidak mengangkat panggilan-panggilannya.
Malah, mesej-mesej susulan juga tidak dibalas.
Malay Kueh cuma memberi satu kemas kini pada 3 pagi hari berkenaan untuk memberitahu bahawa barangannya telah tiba di Singapura.
KUIH HANCUR & CAIR
Meskipun tertanya-tanya tentang status kuih-kuihnya, Sufie berkata dia percaya barangannya akan tiba dalam keadaan sempurna. Akan tetapi, sebaliknya yang berlaku.
Apabila diperiksa, hampir 100 botol Chocolate Krispy Krunchee cair.
Kuih tat juga hancur di tangan Malay Kueh.
TUNTUT GANTI RUGI
Ekoran kerosakan kuih-kuihnya, Sufie menghubungi bos Malay Kueh, Raihan, untuk meminta ganti rugi.
“Mula-mula dia mengaku pekerja-pekerja dia ‘bodoh’.
“Tapi bila saya minta $584 untuk cover cost price, dia cakap ‘I’m not gonna give you a single cent. Tak apalah, duit itu saya akan sedekah kepada anak yatim’,” ujar Sufie, yang pada asalnya, berharap agar Raihan dapat membantunya.
Beri hak orang kepada anak yatim. Halal atau haram?
Bengang, Sufie menganggap kenyataan Raihan sebagai taktik untuk lari daripada membayar ganti rugi.
Namun begitu, Sufie berkata jika benar Raihan berniat untuk berbuat sedemikian, Sufie ingin melihat bukti.
MALAY KUEH TIDAK BERGANJAK
Menyusuli isu ini, wartawan kami menghubungi Raihan untuk mendapatkan penjelasan daripada pihaknya.
Akan tetapi, Raihan enggan memberi ulasan lanjut kerana tidak ingin membuka aib mana-mana pihak.
Dalam pada itu, dia turut memberitahu wartawan bahawa dia telah memaafkan Sufie.
SUFIE REDHA
Meskipun masih marah, Sufie berkata dia tidak mempunyai bukti kukuh untuk membuat laporan polis ke atas Malay Kueh memandangkan segala perjanjian dibuat secara lisan.
Buat masa ini, Sufie dan isteri sedang membuat kembali kuih-kuih yang rosak.
Sumber: Instagram, @krispykrunchee
Sufie berkata pelanggan Singapura bakal menerima pesanan mereka Isnin atau Selasa minggu depan.
Semoga proses kali ini berjalan dengan lancar.
Luahan wartawan: Jarang aku tak nampak orang retaliate. I was expecting more drama. Maybe on the way nak hantar tu ada cock up sikit abeh Malay Kueh paiseh nak bilang Sufie. Tu yang dorang tak update…Aku tak tau lah ni aku punya imagination.
Tapi pelik jugak ah. Dia buat salah, tapi dia maafkan Sufie. Nak kata Sufie senang sot pun tak jugak. Dia tunggu replies since last week. Ni another level of guilt trip aku rasa.
Whatever it is, the main takeaway from here is to put everything in black and white. Kasi nampak legit. And please JANGAN liase kat Telegram. Pasal the person kau liasing with boleh delete the chat entirely. Gunakan Telegram untuk fungsi secret chat only.
תגובות