Kucing Kehilangan Nyawa Apabila Cuba Mempertahankan Tuannya Daripada Serangan Ular

Seekor kucing di Sunshine Coast, Queensland Australia dinobatkan sebagai wira apabila nyawanya terkorban ketika menyelamatkan dua orang kanak-kanak daripada serangan ular berbisa.

Sumber: Facebook, Animal Emergency Service
Kucing yang diberi nama Arthur itu sedang bermain bersama tuan-tuannya sebelum terlihat seekor ular jenis Eastern Brown menyusup ke dalam taman.
Haiwan itu kemudiannya menyerang ular tersebut sebelum digigit sementara kanak-kanak di situ dibawa ke tempat selamat. Akibat pertembungan tersebut, Arthur tidak sedarkan diri dan mengalami simptom yang teruk.

Menurut Animal Emergency Services di lelaman Facebook mereka, simptom Arthur terlalu teruk untuk sembuh. Pemiliknya terpaksa melepaskan Arthur yang terkorban dengan hati yang berat. Mereka mengingatinya dengan penuh kasih sayang dan selamanya bersyukur ia telah menyelamatkan nyawa anak-anak mereka.

Sumber: Facebook, Animal Emergency Service
Ruangan komen posting lelaman Animal Emergency Services di Facebook ini dihujani komen para netizen yang meluahkan takziah mereka dan juga menyanjungi keberanian kucing tersebut.



Sumber: Facebook, Animal Emergency Service
Ular jenis Eastern Brown itu adalah salah satu daripada 10 ular yang paling berbisa di Australia. Ia juga adalah spesis ular yang agak senang dijumpai di Australia.

Luahan Wartawan: What an amazing brave cat! Sayang sungguh kucing ni dengan owner dia sampai dia sanggup gadaikan nyawa for the owner’s kids. Mesti ownernya jaga dia dengan baik dari kitten lagi. Rest in peace, Hero Cat!

Podcast Plan B minggu ini!