Kucing Ditemui Mati Dalam Keadaan Yang Menggerunkan Di Fernvale, Kaki Dipotong Dari Badan
Seorang pencinta dan penyelamat kucing bebas, Fiona Loh telah memuatnaikkan posting di lelaman Instagramnya, @fioloh tentang seekor kucing yang telah ditemui mati di estet Fernvale, Sengkang.
Sumber: Instagram, @fioloh
Keadaan bangkainya membuat pencinta kucing itu mengesyaki bahawa kucing itu telah dibunuh dengan kejam.
Bangkai kucing itu ditemui oleh beberapa pembersih di bawah blok 470B Fernvale Link dalam keadaan mengerikan. Kaki kiri belakangnya telah di potong dan dibiarkan beberapa meter jauh daripada bangkainya.
Sumber: Instagram, @fioloh
Menurut Fiona di Instagramnya, beliau ke Fernvale setelah mendapat panggilan daripada SPCA tentang seekor kucing yang berdarah. Namun, kucing itu tidak dijumpai. Beliau pun menelefon Town Council dan diberitahu bahawa kucing itu telahpun dijumpai mati dan bangkainya disimpan.
Sumber: Instagram, @fioloh
Fiona juga mengambil gambar kaki kucing yang dipotong itu dan tunjukkan ia kepada seorang doktor haiwan yang mengesahkan bahawa ia dipotong oleh sebilah pisau yang tajam kerana luka potongan itu sangat bersih.
Sumber: Instagram, @fioloh
Sementara menunggu ketibaan Polis dan SPCA, Fiona juga terjumpa sebilah pisau yang diletakkan di dalam riser yang bersebelahan dengan bangkai kucing itu.
Sumber: Instagram, @fioloh
Menurut Fiona Loh, Polis akan ambil semua rakaman CCTV di kawasan itu untuk siasatan. SPCA dan juga Animal & Veterinary Services (AVS) juga akan membuat siasatan mereka sendiri.
Sesiapa yang didapati bersalah atas kekejaman terhadap haiwan boleh dikenakan denda hingga $15000, penjara 18 bulan ataupun kedua-duanya.
Luahan Wartawan: As a cat lover myself, my heart is both saddened and enraged at this news. Apa salah kucing tu sampai kena bunuh to that extent? If you don’t like cats, so be it. Biarkan je la kucing tu, bukannya dia kacau pun. Jangan la kejam sangat sampai buat gini! I hope the perpetrator gets caught and has the full brunt of the law descend upon him.
Podcast Plan B minggu ini!