Kucing Ditahan Reman Kerana Langgar Perintah Berkurung
- Chap Chai
- May 16, 2020
- 1 min read
Updated: Apr 9, 2024

Bagi mengekang penularan COVID-19, rakyat Thailand tidak dibenarkan untuk keluar rumah dari 10 malam hingga 4 pagi dan jika ingkar, pesalah akan diserahkan kepada pihak polis.
Malah, undang-undang begitu ketat sehinggahkan kucing juga tidak terlepas daripada dikenakan tindakan.
Oleh kerana ditemui merayau pada tempoh dilarang, kucing ini telah diberkas polis atas kesalahan melanggar perintah berkurung.

Sumber: Facebook, TCNN
Menurut akaun Facebook , TCNN kucing berkenaan dibawa ke balai untuk ‘siasatan’.

Sumber: Twitter, @nisizawa
Bahkan, kucing tersebut juga kelihatan memegang papan bertulis ‘saya telah keluar rumah selepas pukul 10 malam dan melanggar perintah berkurung’ dalam gambar mugshot.

Sumber: Facebook, TCNN
Semoga mahkamah dapat meringankan hukuman kucing ini .
Luahan wartawan: Macam photoshop jer!! Nak jadikan kerja more exciting, terpaksa lah buat benda macam ni. Tapi mungkin polis Thailand nak bikin analogy. Maybe they’re trying to say:
“Kalau kita tangkap kau keluar malam-malam buta, kau ibarat binatang.”
Related Posts
See AllBekas Menteri Pengangkutan Singapura, S Iswaran, dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan pada 3 Oktober 2024 kerana menerima hadiah...
Seorang remaja lelaki Singapura berusia 17 tahun yang telah radikal sendiri ditahan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) beberapa...
Lembaga Warisan Negara (NHB) mengumumkan pada 24 Oktober bahawa ia akan memulakan kajian terhadap 38 Oxley Road untuk menilai kepentingan...