Konsert Rock Untuk Rakyat 2 diadakan untuk kumpul dana buat Gaza
- Plan B
- Jan 6
- 1 min read

Konsert Rock Untuk Rakyat 2 akan diadakan pada 25 Oktober 2024, di Stadium Woodlands dari jam 8 malam hingga 10 malam.
Konsert kali ini bertujuan untuk mengumpul dana bagi membantu mangsa krisis kemanusiaan di Gaza.
Konsert ini menampilkan barisan artis terkenal seperti Aweera, Dato Adi Putra, Fuad Rahman & Tom, Eiss, Aura Shai, Eka Mairina, Sheila Suratman, Trojan, Xin4nia, PAC Band, dan Elektrikar.
Semua hasil kutipan akan disumbangkan kepada Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) bagi kempen bantuan Gaza 2024, yang memfokuskan kepada penyediaan bantuan perubatan, makanan, dan pendidikan.
Orang ramai digalakkan untuk memberi sokongan penuh dengan menyertai konsert ini dan bersama-sama meringankan beban mangsa konflik yang berpanjangan di Gaza.
Sumbangan juga boleh dilakukan melalui kod QR yang disediakan.
Related Posts
See AllBekas Menteri Pengangkutan Singapura, S Iswaran, dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan pada 3 Oktober 2024 kerana menerima hadiah...
Seorang remaja lelaki Singapura berusia 17 tahun yang telah radikal sendiri ditahan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) beberapa...
Lembaga Warisan Negara (NHB) mengumumkan pada 24 Oktober bahawa ia akan memulakan kajian terhadap 38 Oxley Road untuk menilai kepentingan...